‘Abdullah ibn Umar (10 S.H.–73 H./613 M.–692
M.), salah seorang daripada sahabat besar. Nama
penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Umar bin al-Khattab.
Walau bagaimanapun, dia tidak berkesempatan
untuk berperang dalam Perang Badar dan Uhud
lantaran usianya yang masih kecil. Dia mula
berjuang dalam Perang Khandaq dan dia ikut serta
dalam kesemua perang bersama-sama Rasulullah SAW.
Dia juga mempunyai hubungan yang rapat dengan
Rasulullah SAW berikutan kedudukan bapanya dan
kakaknya Hafsah sebagai Umm al-Mukminin.