Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan
yang mengajar melalui surat-menyurat antara
guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan
kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari
sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk
tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau
teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang
sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau
kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana
mereka bekerja pada waktu siang. Dengan
mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh
membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-
mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos
mempunyai keburukan kerana perhubungan
peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.