Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta nasihat tuan tentang penggunaan perkataan "cerah". Adakah "cerah" sesuai digunakan dalam ayat yang berikut. "Kita perlu menjalankan aktiviti gotong-royong bersama keluarga kita supaya kawasan rumah kita menjadi bersih dan cerah." Menurut cikgu kelas bimbingan, pengguna "cerah" adalah tidak betul dan patut digantikan dengan perkataan "ceria". Sila berikan nasihat , terima kasih.Perkataan cerah kurang tepat dalam konteks ayat tersebut, kata yang tepat ialah "ceria" atau "cantik".Lain-lain13.09.2021
Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan.
Lain-lain27.10.2014
Selamat pagi dan salam sejehtera, Saya ingin mengemukakan tiga soalan: 1)Hati Johan cerah setelah mendengar cerita itu. 2)Kandungan kakak gugur ketika berusia dua bulan. Adakah betul penggunaan perkataan cerah dan gugur dalam ayat tersebut? Mengapa? 3)Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah tua atau ketua Terima kasih.

1. Perkataan cerah tidak sesuai digunakan dalam ayat yang diberikan. Perkataan yang lebih tepat ialah lega.

2. Penggunaan perkataan 'gugur' adalah betul. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud 'gugur' ialah lahir sebelum cukup bulan (anak kecil). 

3. Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah ketua.

Makna19.10.2011
Kebelakangan ini ramai yang menggunakan perkataan 'mohon pencerahan' untuk mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara. Adakah penggunaan perkataan 'pencerahan' ini betul?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang.
Lain-lain23.09.2014
Kebanyakan orang pada masa kini menggunakan kata 'pencerahan' bagi menggantikan kata 'penjelasan'. Adakah kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan, "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang.
Lain-lain14.09.2015
Apakah perbezaan antara kelam, malap dan kusam?

Perkataan "kelam” dan “malap” digunakan dalam  konteks cuaca/cahaya yang kurang terang, penglihatan yang kabur, warna yang pudar dan tidak berseri, makna kiasan contohnya keadaan sesuatu perkara yang tidak pasti, fikiran dan perasaan yang tidak menentu. Perkataan "kusam” digunakan dalam konteks keadaan sesuatu contohnya perhiasan yang kelihatan pudar, tidak berseri, merujuk rupa seseorang kelihatan pucat, warna kulit yang tidak cerah dan cahaya yang tidak terang. Perkataan “kelam”, “malap” dan “kusam” mendukung makna yang hampir sama, namun perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut adalah berdasarkan penggunaannya  perlu disesuaikan dengan konteks ayat.   

Makna01.11.2021
Dunia selalu terlihat lebih cerah dari balik senyuman. - Ini adalah bahasa Indonesia. Jika dijadikan Bahasa Malaysia- saya ubah seperti berikut: Dunia selalu dilihat lebih cerah di sebalik senyuman. Mohon nasihat tuan sama ada ini adalah betul atau tidak? Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat tersebut betul.Tatabahasa07.10.2021
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Peluang pekerjaan sentiasa (buka) luas kepada penganggur. (b) Karipap itu sudah (cerah) dimakan oleh adik. (c) Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan (cerah) kehidupannya. (d) (Lembut) gadis itu memikat hati abang. (e) Suasana pagi itu sungguh (lembut) dan damai. (f) Layang-layang yang ditiup angin itu telah (jalan) dengan pantas ke udara. (g) Taman sains itu telah mendapat (jalan) daripada Guru Besar supaya diteruskan. (h) Hatinya menjadi (buku) apabila mendapat tahu berita itu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Hi, nak tanya ayat yang berikkit gramatis tak? 1. Yang manakah restoran yang awak rasa masakannya sedap? 2. Yang manakah syarikat yang awak bekerja? 3. Cuaca telah menjadi cerah, jom kita pergi ke pantai. 4. Banyak hari kita tidak berjumpa, sihatkah awak?Ayat yang betul ialah:
1. Restoran yang manakah awak rasa masakannya sedap?
2. Cuaca sudah cerah, jom kita pergi ke pantai.
3. Syarikat yang manakah awak bekerja?
4. Banyak hari kita tidak berjumpa, awak sihatkah?
Tatabahasa27.06.2019
Pandangannya kurang jelas kerana dia tidak memakai kaca mata. Kata seerti bagi perkataan jelas ialah A. cerah B. jernih C. terang D. tajam

Saudara,

Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar dan jaleh. Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudara penggunaan terang adalah yang paling tepat.

Pandangannya kurang terang kerana dia tidak memakai kaca mata.

Makna22.10.2012
12

Kembali ke atas