Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan
elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu
bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api
dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada
dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik
berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik
terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara
yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri
adalah bahan api dan pengoksida dan habis
digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel
bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah
dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah.