Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Bulan puasa memetik kelapa,
     Hendak menyambut Aidilfitri;
Budi kami tidak seberapa,
     Kenangan diberi kekal abadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(5)

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
energy storagestoran tenagaFizikNanoteknologiSistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam.
temporary installationpemasangan sementaraTeknikElektrikPemasangan pendawaian yang tidak kekal. Mengikut peraturan pendawaian, pemasangan ini tidak boleh digunakan lebih daripada tiga bulan. Setiap tiga bulan pemasangan ini hendaklah diuji dan dibaiki sepenuhnya sebelum boleh digunakan semula. Contoh pemasangan ini ialah pemasangan lampu hiasan di jalan raya sempena menyambut sesuatu perayaan, pemasangan lampu hiasan di kawasan pameran dan ekspo, dan pemasangan lampu penyuluh bangunan.
HerbherbaBotaniTiadaTumbuhan dengan bahagian atas tanahnya tidak kekal atau mempunyai jangka hayat yang pendek. Tumbuhan ini lembut, tidak berkayu dan mempunyai kitaran hidup sama ada semusim atau dua musim.
insulating materialbahan penebatTeknikElektrikBahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Sungguhpun begitu, sifat bahan ini tidak kekal. Apabila dikenakan suhu atau tekanan yang tinggi, bahan ini akan berubah menjadi pengalir.
new stars/novabintang baru/novaMatematikTiadaBintang berubah yang kecerahannya meningkat dan memuncak dengan mendadak hingga mencapai beratus ribu malah berjuta kali ganda kecerahan asalnya. Puncak kecerahan bintang itu tidak kekal kerana ia akan kembali kepada kecerahan asalnya secara beransur-ansur dalam tempoh masa dari satu hingga tiga puluh tahun.
design for degradationreka bentuk kemerosotanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSusun atur perancangan sesuatu proses pembuatan bahan yang boleh terurai kepada produk yang tidak berbahaya dan tidak kekal dalam persekitaran apabila fungsinya berakhir. Contohnya, reka bentuk proses penghasilan bioplastik daripada selulosa.
rice grainsbeberasMatematikTiadaTompok halus yang amat cerah dan beratus-ratus batu panjangnya, yang menonjol keluar dari latar belakang permukaan matahari yang lebih gelap. Tompok ini kebanyakannya kelihatan berhampiran dengan pusat cakera. Sifatnya tidak kekal, dan coraknya berubah dalam masa beberapa minit sahaja.
basal applicationpemberian dasarBiologiEkologiMeletakkan racun makhluk perosak di atas batang atau perdu tumbuhan, iaitu di bahagian atas sedikit dari tanah. Ini bertujuan untuk mengelakkan pencemaran udara dan pencemaran air. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai untuk racun makhluk perosak yang tidak kekal.
pocket dosimetermeter dos poketTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikAlat yang digunakan untuk memantau dos sinaran terkumpul pekerja sinaran. Alat ini boleh dipakai pada poket baju dan digunakan untuk memantau dos individu tersebut semasa bekerja dalam kawasan sinaran. Bacaan yang diberikan tidak kekal dan akan hilang apabila disetkan semula. Bacaan sebelum dan selepas bekerja perlu direkodkan agar dos yang diterima oleh individu tersebut dapat diketahui statusnya.
biotransformationbiotransformasiPerubatanFarmakologi

Proses perubahan struktur kimia bahan eksogenus seperti ubat yang dilakukan oleh sistem biologi badan. Proses ini boleh menghasilkan metabolit yang aktif atau sebaliknya bergantung kepada jenis bahan tersebut. Antara tindak balas kimia yang terlibat dalam biotransformasi ialah oksidasi, penurunan, hidrolisis, asetilasi dan metilasi. Biotransformasi penting untuk memastikan ubat yang diambil tidak kekal atau terkumpul di dalam badan. Hampir semua organ terlibat dalam biotransformasi dan hepar merupakan organ yang paling utama.

12345678910...

Kembali ke atas