saya ada kemuskilan tentang penggunaan dari dan daripada tidak kurang dari 21 tahun atau tidak kurang daripada 21 tahun? | dari 21 tahun | Tatabahasa | 13.06.2018 |
'Berumur tidak kurang dari/daripada 30 tahun'. Apakah penggunaan yang lebih tepat, dari atau daripada? | Ayat yang betul ialah "Berumur tidak kurang daripada 30 tahun". | Tatabahasa | 04.08.2015 |
Assalamualaikum. Adakah ayat ini betul, penggunaan "dari" dan "daripada" yang digunakan? Ayat: (1) Pemandu yang melakukan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak lebih dari 10 tahun. (2) Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM8,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: i. Pemandu yang melakukan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun. ii. Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM8,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00. | Tatabahasa | 21.01.2025 |
apakah maksud perkataan 'selamat' | Antara makna selamat ialah 10ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. 2. terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. | Makna | 09.08.2010 |
Adakah frasa:"penting kepada" betul? Contohnya: Individu yang tidak kurang pentingnya kepada pelajar ialah guru. | Frasa penting kepada adalah betul seperti dalam contoh ayat yang diberi. | Tatabahasa | 04.11.2010 |
Tuan/Puan, 1. Dalam keadaan mana sesuai digunakan perkataan "cukup” dan "mencukupi" ? Sekian, terima kasih. | Perkataan “cukup” digunakan untuk menunjukkan kuantiti dan kualiti yang diperlukan sudah mencukupi atau tidak kurang. Contoh ayat, “Gaji kamu sudah lebih daripada cukup.” Manakala mencukupi pula digunakan untuk menunjukkan tidak kurang daripada sepatutnya. Contoh ayat, “Mereka mempunyai dana yang amat mencukupi untuk menyiapkan projek itu.” | Makna | 13.04.2022 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih. | 1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan. | Lain-lain | 12.04.2013 |
bagaimanakah perancangan bahasa melayu moden dijalankan di malaysia... | Perancangan bahasa adalah usaha dan tindakan yang dilakukan untuk menentukan sistem komunikasi verbalnya, yakni yang menggunakan bahasa, berjalan lancar dalam segala bidang kehidupan terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Perancangan bahasa keseluruhannya melibatkan dua tahap, iaitu penentuan dan pembinaan. Ia berkait juga dengan aspek bimbingan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk buku Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof. Asmah Haji Omar | Lain-lain | 30.09.2006 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “total nitrogen”? Sebagai contoh seperti dalam peruntukan di bawah ini— “ (b) shall contain not less than— (i) 0.6 per cent weight per volume of total nitrogen; and (ii) 7 per cent salt. (b) hendaklah mengandungi tidak kurang daripada— (i) 0.6 peratus berat bagi setiap isipadu nitrogen total; dan (ii) 7 peratus garam.” Adakah padanannya ialah “jumlah nitrogen”, “nitrogen total” atau adakah ada padanan yang lain. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, istilah total nitrogen boleh dipadankan dengan nitrogen total atau nitrogen penuh dalam bahasa Melayu. | Istilah | 07.07.2021 |
Tuan, ada sedikit pertanyaan mengenai apitan meN-...-i. Mengapakah kita menggunakan perkataan "mencukupi" untuk membawa maksud cukup, tidak kurang, sedangkan kita ada perkataan "cukup"? Dalam hal ini dilihat bahawa "mencukupi" dapat berfungsi sebagai kata adjektif, dan maksud "mencukupi" disamakan dengan maksud perkataan "cukup". Adakah "mencukupi" itu kata adjektif atau kata kerja transitif? Saya difahamkan bahawa apitan meN-...-i ialah pembentuk kata kerja transitif, tetapi "mencukupi" selalu digunakan tanpa ikutan objek. Adakah apitan meN-...-i dapat membentuk kata adjektif seperti "mencukupi"? Saya juga tidak pasti bahawa adakah "cukup" dan "mencukupi" sama maksud atau ada sedikit perbezaan makna? Minta tuan terangkan pertanyaan ini. | · Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu, cukup mempunyai makna seperti yang berikut: · 1. (bilangan) kata tugas:banyak, sampai jumlahnya · 2. (usia) kata tugas: genap, sampai, sangkap, betul-betul · 3. Sempurna adjektif: lengkap, kafi, jap · 4. Sangat kata tugas: terlalu, amat, sungguh · 5. Lumayan kata tugas: sederhana, sedang · · Kata mencukupi kata kerja bermaksud memadai, melengkapi, mengenapi, sedang-menyedang: · Antonim mencukupi ialah berlebihan; berkurangan. · Sila kemukakan ayat sekiranya masih tidak memahami makna perkataan cukup dan mencukupi. | Tatabahasa | 22.11.2014 |