Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna konservetifKonservetif tiada makna. Namun demikian, jika kata yang dimaksudkan konservatif, maksudnya menurut Kamus Dewan ialah bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Contoh ayatnya ialah: Usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak konservatif. Kata konservatif juga dapat digunakan untuk makna bagi kata kolot atau tidak moden.Makna13.11.2006
Tuan/Puan: 1.“Pameran barang-barang ____________akan diadakan di Muzium Negara pada bulan hadapan. A. kuno B. antik C. buruk D.usang” Jawapan yang diberi ialah B. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan maksud dan penggunaan “kuno” dan “antik”? 2.”Kamal memperoleh markah tertinggi dalam kelasnya.” Adakah ayat tersebut betul? Terima kasih.1. Jawapan yang lebih tepat ialah antik.

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua kuno bermaksud sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama dan tidak moden; kolot (berkenaan adat, fahaman dan lain-lain). Manakala antik bermaksud barang-barang sepertiperabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang dihasilkan pada zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya.

2. Ayat yang tepat ialah Kamal memperoleh markah tertinggi di dalam kelasnya.
Tatabahasa27.12.2016
1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok  3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung  ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau meng­ikut tradisi,  
2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas.
Makna29.11.2012
Asalamualaikum w.b.t Saya sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah majalah arkib untuk sebuah program. Saya memerlukan beberapa cadangan dan pencerahan. 1. Adakah perkataan "kuno" melambangkan sesuatu yang negatif jika saya ingin menjadikan perkataan tersebut sebagai nama majalah? 2. Jika YA, apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digantikan yang seakan akan membawa maksud seperti bahan arkib/sejarah/bahan lama. 3. Selain daripada itu, saya memerlukan terma/perkataan yang melambangkan "sejarah penubuhan/histography" , dan "tokoh-tokoh yang menjadi penaung utama/tulang belakang" Terima kasihKuno bermaksud: sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu, seperti barang kuno bermaksud barang lama; dan kuno juga bermaksud tidak moden atau kolot (berkenaan adat, fahaman dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, kuno tidaklah bermaksud negatif dan boleh digunakan dalam menamakan sesuatu yang berkaitan dengan maksud berkenaan.         Penyemakan dan penterjemahan18.04.2019
Kenapa maksud kontemporari dalam prpm langsung tidak ada maksud "moden", sedangkan penggunaan perkataan kontemporari telah digunakan secara meluas yang membawa maksud moden/futuristik/gaya hidup kini?Kontemporari bermaksud moden dan mengikuti perkembangan terkini. Contoh ayat, Model baharu beg tangan ini sesuai untuk wanita kontemporari. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana.Lain-lain22.12.2022
jelaskan maksud dan teori asas kesusasteraan secara teperinci.Teori asas kesusasteraan kebiasaannya merujuk kepada bidang sastera tertentu. Ini tidak termasuk teori kesusasteraan moden yang disesuaikan dengan teori Barat. Contoh yang paling mudah ialah tentang senario kesusasteraan di Malaysia. Sebagai contoh, apakah titik tolak yang memisahkan antara sastera tradisi dengan moden di Malaysia. Ada pendapat (teori) mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula sekitar tahun 1800-an apabila mesin cetak diperkenalkan di Tanah Melayu seperti tersebarnya akhbar dan percetakan novel, seperti novel Faridah Hanum, Hikayat Asyik kepada Maksyuknya ketika itu. Sungguhpun begitu, pendapat Syed Naquib al-Attas melalui teori yang mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula dengan karya-karya yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri yang memenuhi sifat-sifat karya moden seperti terdapat dalam karya beliau, Syair Burung Pingai, Syair Perahu dan sebagainya, yang sarat dengan unsur-unsur intelektualisme, saintifik, dan internasional sifatnya.Makna16.07.2006
saya pelajar tingkatan enam bawah. sekolah saya tidak menyediakan pinjaman buku teks dan saya kekurangan buku rujukan. saya ingin tahu fungsi bahasa melayu moden

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.

Lain-lain04.06.2009
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasihDalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir.


Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut.
Tatabahasa02.04.2013
kebanyakan kanak-kanak tidak betapa berminat dalam membaca kerana banyak infrastruktur moden telah diciptakan. ayat ini betul??Kebanyakan kanak-kanak kurang minat membaca kerana ciptaan pelbagai alatan moden.Tatabahasa26.07.2013
selamat sejahtera. apakah perbezaan diantara puisi dan sajak? bolehkah diterangkan perbezaan susunan antara kedua-dua tersebut? sekian,terima kasih.SAJAK ialah sebuah hasil puisi moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan seumpamanya. Manakala puisi ialah semua jenis karangan berangkap termasuklah sajak.Lain-lain19.04.2007
123456

Kembali ke atas