Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah
sebuah patung Yunani purba yang cantik yang
ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun
1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118
keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di
atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki
(Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan
Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya
diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil
membawa mesej kemenangan, penawanan, dan
kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai
sayap yang melambangkan kepantasan dan
kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi
patung ini bergelombang, mungkin
melambangkan perjalanan yang sukar untuk
mencapai kemenangan.
Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi
sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar
tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di
Louvre, Paris.