continuous mixer | pencampur berterusan | Kejuruteraan | Tiada | Pencampur konkrit yang menerima batu, pasir, simen dan air secara berterusan, dan konkrit mengalir keluar daripadanya dalam aliran yang tidak putus-putus. |
broken line | garis putus-putus; talian terputus-putus | Perubatan | Tiada | Garisan yang tidak berterusan, berjeda atau terputus. |
fold | lipatan; lipat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Lipatan: Sesuatu yang berlipat seperti kain, kertas dan sebagainya.,3. Lipat: Sesuatu yang dipatahkan dengan tidak putus supaya kedua bahagiannya berlapis. |
hitches | ikatan | Perikanan | Tiada | Teknik untuk mengetatkan atau mengeratkan tali pada sesuatu objek. Ikatan biasanya bersifat sementara dan tidak kukuh. Terdapat pelbagai teknik ikatan tali pancing yang digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan jenis pancingan yang dilakukan. Ikatan yang kuat dan kukuh perlu dilakukan bagi memastikan ikatan tali pancing tidak putus apabila direntap oleh mangsa. |
interrupted | terganggu; tersampuk | Perubatan | Tiada | Terganggu: Berkaitan dengan sesuatu yang tidak berterusan atau terputus-putus. |
skinning wire | pembuangan kulit dawai | Teknik | Elektrik | Penanggalan penebat kabel dengan menggunakan pisau atau alat khas bagi tujuan penyambungan. Semasa kerja ini dilakkan pengalir tidak boleh rosak atau putus, dan penebat itu tidak dibuang terlalu jauh dari pangkalan sambungan. Bagi penebat dua lapis, kulit dawai hendaklah dibuang selapis demi selapis. Sinonim pelucutan. |
broken link | pautan putus | Teknologi Maklumat | Tiada | Pautan yang tidak berfungsi lagi. Apabila pautan tersebut diklik, mesej ralat dipaparkan, menandakan pautan ini sudah tidak wujud lagi. Ini mungkin disebabkan masalah pelayan yang tidak wujud lagi, atau ditutup sementara atau fail telah dihapuskan atau dipindahkan kepada pelayan lain. |
despair | putus asa | Perubatan | Tiada | Perasaan hilang harapan atau kecewa yang dialami oleh pesakit kerana menghidap penyakit yang tidak ada rawatan yang berkesan. |
decision altitude | altitud putus | Aeroangkasa | Tiada | Ketinggian minimum dari aras laut yang diperlukan oleh juruterbang untuk membuat keputusan tidak mendarat.,Ketinggian minimum dari aras laut yang diperlukan oleh juruterbang untuk membuat keputusan tidak mendarat. |
misfire | cetusan salah | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Cetusan terputus-putus yang terjadi dalam silinder disebabkan campuran udara-bahan api yang tidak tercucuh secara selanjar. |