bacteriostasis | bakteriostasis | Kimia | Tiada | Perencatan pertumbuhan atau pembiakan bakteria tetapi tidak sampai membunuhnya. |
liner | pelapik | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Sebarang rentetan selongsong yang bahagian atasnya tidak sampai ke permukaan, iaitu bahagian atasnya terpasang di subpermukaan. 2) Selongsong bergaris pusat yang lebih kecil yang tergantung di hujung bawah selongsong lain yang mempunyai garis pusat yang lebih besar. Mampu bertindak sebagai rentetan minyak atau rentetan pengeluaran yang menghubungkan zon pengeluaran kepada selongsong sebelumnya. 3) Sekeping logam tipis berbentuk kerucut yang terdapat pada cas tetuang yang merupakan bahagian cas tetuang. Berguna untuk meningkatkan kecekapan cas dengan cara menambah keupayaan penembusan jet yang terbentuk. |
narrow beam | alur sempit | Fizik | Atom dan Nuklear | Alur sinaran mengion yang terserak dan tidak sampai ke pengesan semasa mengukur penyusutan sinaran. |
thryptophyte | triptofit | Biologi | Mikologi | Kulat yang menyerang perumahnya dengan cara mengubah atau melembutkan tisu perumah, tetapi tidak sampai membunuh perumah berkenaan. Walau bagaimanapun, tisu yang diserang tersebut akhirnya akan mati oleh serangan agen lain. triptogen. |
central eclipse | gerhana pusat | Matematik | Tiada | Gerhana matahari yang luar biasa apabila titik bayang bulan hampir-hampir tidak sampai ke bumi. |
golden syrup | sirap kencana | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada air gula yang dididih sehingga likat dan berwarna keemasan tetapi tidak sampai menjadi karamel. |
golden syrup | sirap kencana | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada air gula yang dididih sehingga likat dan berwarna keemasan tetapi tidak sampai menjadi karamel. |
virga | virga | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ciri tambahan berbentuk coret-coret kerpasan, tegak atau miring yang terlekat pada dasar awan, dan tidak sampai ke permukaan bumi. Ciri tambahan ini kebanyakannya terdapat pada genus sirokumulus, altokumulus, altostratus, nimbostratus, kumulus dan kumulonimbus. Virga biasanya berbentuk cangkuk dengan jalur-jalur halus yang turun hampir menegak rapat di bawah punca kerpasan tetapi kelihatan hampir mendatar di hujung bawahnya. Lengkungan virga sedemikian boleh dihasilkan oleh kesan ricih angin menegak yang kuat, tetapi biasanya ia terhasil akibat sejatan titis atau hablur yang mengurangkan halaju jatuhan zarah di hujung jalur berkenaan. |
anatomical dead space | ruang mati anatomi | Perubatan | Tiada | 150ml udara dalam laluan udara yang tidak sampai ke aveoli dan tidak terlibat dalam pertukaran gas. |
virga | virga | Sains | Hidrometeorologi | Corekan yang terjadi akibat gerakan kerpasan menegak atau mereng (jatuhan luar biasa) yang terlekat pada permukaan bawah awan dan tidak sampai ke permukaan bumi. Sifat tambahan ini terjadi kebanyakannya bersama sirokumulus, altokumulus, altostratus, nimbostratus, kumulus dan kumulonimbus. Virga biasanya terbentuk cangkuk dengan jalur-jalur halus yang turun hampir menegak rapat di bawah punca kerpasan tetapi kelihatan hampir mendatar di hujung bawahnya. Lengkungan virga sedemikian boleh dihasilkan semata-mata oleh kesan ricihan angin menegak yang kuat, tetapi biasanya diakibatkan oleh keadaan sejatan titisan atau hablur yang mengurangkan halaju jatuhan zarah apabila berhampiran dengan hujung jalur berkenaan. |