Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Sudah mati kutu.

Bermaksud :

Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(62)

127

What' done cannot be undone

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but what' done cannot be undone.

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(77)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah seasam segaramnya.Sudah tidak ada cacat-celanya lagi (pekerjaan atau perbuatan yang sempurna).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah mati kutu.Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tampan sudah, langgam terbawa.Sudah tidak ada cacat celanya; segala-galanya baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah patah yang bertaji.Orang yang disegani sudah tidak ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik.Barang yang tiada berguna kepada orang kaya (besar), barulah diberikan kepada orang miskin (hina dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terikat kaki tangan.Sudah tidak berkuasa lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis hulubalang bersiak.Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ikan kena tuba.Sudah tidak berdaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lepas kaki leher terjerat.Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang bahasa lenyap bangsa.Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas