Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Pantun

PantunSumberTema
Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Banyak telur Si Raja Lutung, Dibawa budak dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Beras jati beras asli, Sedap dimakan diwaktu pagi; Keras hati tidak peduli, Untung tidak bertambah rugi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Banyak orang mencari kalung, Tidak peduli bulannya terang; Banyak orang mencari untung, Tidak peduli merugikan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Singgah membeli kuih tabaloi, Goreng pisang goreng sotong, Penat berkerja tidak berbaloi, Kerja tidak mendatang untung.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Bermasak nasi santan bergantung, Ambil puntung dari seberang; Tarik rebab mengenangkan untung, Untungku tidak seperti orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ujung tiang diikat besi, Supaya tidak dimakan rayap; Untung malang menjadi laki, Telinga pekak badan berkurap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas