Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.
Kurik Kundi Merah SagaMasak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.
Kurik Kundi Merah SagaApa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak telur Si Raja Lutung, Dibawa budak dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.
Kurik Kundi Merah SagaBermasak nasi santan bergantung, Ambil puntung dari seberang; Tarik rebab mengenangkan untung, Untungku tidak seperti orang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaApa bunga tidak bertangkai, Itu bernama bunga rampai; Kalau tak pandai ilmu berkedai, Habis modal untung tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaOrang belayar ke Majapahit, Anak katak tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Mana tercampak tidak terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pinang tumbuh di parit, Pucuk rebung tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Di mana tercampak tidak terbuang.

Kembali ke atas