Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mah] | تيمه

Definisi : sj logam yg berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan sbg sadur bagi besi dll); ~ hitam sj logam yg agak lembut dan berwarna putih kebiru-biruan; ~ lanar timah yg ber­selaput dgn lanar; ~ putih kepingan besi yg disadur dgn timah; ~ sari zink; ~ wurung bismut; dahulu ~ sekarang besi prb perihal orang yg turun pangkatnya (darjatnya dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mah] | تيمه

Definisi : = timah-timah sj ikan laut, selayur, Trichiurus spp.; kepala ~ sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mah] | تيمه

Definisi : logam berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan utk menyalut besi dll). ~ hitam bijih yg di dlmnya terdapat timah (belum dibersihkan lagi). ~ putih timah yg diperoleh setelah membersihkan bijih timah. ~ sari logam yg berwarna biru keputih-putihan (biasanya digunakan utk atap rumah dll); zink. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timah

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Yang manakah betul, "Timah banyak membeli hadiah untuk rakan-rakannya" atau "Timah membeli banyak hadiah untuk rakan-rakannya"?Yang betul ialah Timah membeli banyak hadiah untuk rakan-rakannya.Tatabahasa08.10.2009
Anak Mak Timah jangankan pulang menjenguknya, bertanya khabar pun tidak. Betulkah ayat ini??Tatabahasa dan struktur ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa16.07.2013
Contoh ayat: Erna sedang bersalam dengan nenek Timah..ada kesalahan tidak ayat inj..khususnya penggunaan perkataan bersalam??Selamat petang:

Tiada kesalahan bagi ayat tersebut. Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.10.2016
Adakah terdapat sebarang kesalahan pengguanaan kata 'langsung' di bawah? 1. Penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan langsung ke London. 2. Siaran langsung pertandingan itu akan disiarkan melalui semua saluran televisyen. 3. Kejatuhan harga bijih timah meninggalkan kesan secara langsung terhadap ekonomi negara kita. 4. Dia langsung tidak khuatir akan risiko yang bakal dihadapinya.Tiada kesalahan langsung.  Semua penggunaan perkataan "langsung|" dalam keempat-empat ayat adalah betul.Istilah27.08.2014
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah MelayuKedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya.  Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. Lain-lain01.03.2008
apakah maksud dunia menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dunia ialah 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus;Makna05.07.2010
Selamat petang. Adakah cap tera dan cap mohor itu membawa maksud yang sama? Ataupun cap tera untuk golongan umum manakala cap mohor itu khas untuk golongan diraja?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, mohor bermaksud cap yang memperkenalkan sesuatu, sama maksud dengan tera. Kata tera bermaksud tanda atau cap dengan lak, timah pada surat-surat penting, manakala maksud cap tera ialah cap kerajaan, cap kempa, cap mohor.  Daripada aspek bahasa, cap mohor dan cap tera mempunyai makna yang sama.  Perbezaan yang wujud iaitu, cap mohor untuk golongan diraja wujud daripada aspek penggunaan.Makna22.08.2017
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan.

Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  
Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. 

Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Tatabahasa09.05.2018
Apa maksud perkataan amalgamasi?Tiada kata amalgamasi dalam pangkalan data kamus dan istilah DBP.

Terdapat kata amalgam dan kata terbitannya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) seperti yang berikut:

amalgam Kimia kata nama 
aloi merkuri dengan satu logam lain atau lebih yang digunakan untuk membuat cermin, menampal gigi dan lain-lain.

amalgam zink amalgam dan zink yang digunakan dalam bateri elektrik.

beramalgam kata kerja tak transitif
1 (berkenaan logam) bercampur atau bergabung dengan merkuri;
2 (berkenaan gigi) bertampal dengan amalgam.

mengamalgamkan kata kerja transitif [psf: diamalgamkan, amalgamkan]
mencampurkan atau menggabungkan (logam) dengan amalgam.
Contoh penggunaan:
Lembar zink dalam bateri diamalgamkan untuk mengurangkan kelarutan ketika bateri tidak digunakan.

teramalgam kata kerja tak transitif
diamalgamkan:
Contoh penggunaan:
Seperti aluminium, logam berilium agak tahan terhadap asid kecuali jika logam itu teramalgam.

pengamalgaman kata nama
hal atau proses mengaloikan merkuri dengan logam lain.

Terdapat padanan bagi kata amalgamation (bahasa Inggeris) n 1. act of, a. (combining) penggabungan, penyatuan: the ~ of the two oil giants, penggabungan dua syarikat raksasa minyak; b. (combining with mercury) pengamalgaman; 2. result of blending metals, amalgam: bronze is an ~ of copper and tin, gangsa ialah amalgam kuprum dengan timah3. merger, pergabungan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Untuk mencari maklumat berkaitan kata bahasa Melayu, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my.
Makna24.09.2023

Kembali ke atas