Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbunĀ­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kapar Ibtimbunan sesuatu.Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
auk Ib, MSrya.Auk! Auk! Kocon menyahut agak sejurus kemudian, dengan suaranya yang digerenek-gerenek, seolah-olah mempersenda perintah nenek.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kutieng Bdsejenis burung ketilang.Hujan masih turun. Bunyi burung kutieng masih juga kedengaran, sayup-sayup. Malam itu seisi rumah Panol gempar.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuaija MSrmengada-ngada, memandai-mandai.Pandai mengajar orang tua. Baru darjah dua sudah tuaija nak mengajar orang tua. Engkau tak fahamkah? Aku bukan ada duit.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sokap Bdkayu bercabang dua yang digunakan untuk membuat lastik.Dulu semasa kanak-kanak, senduduk seperti ini paling digemarinya. Dahan-dahannya boleh dibuat sokap untuk lastik burung.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bokah Bdsejenis tumbuhan menjalar dan melilit. Ia digunakan untuk membuat tali.Batang kayu itu sudah dikelilingi oleh lalang dan anak-anak bokah yang tumbuh meliar. Anak-anak bokah itu ada pula yang sudah menjalar dan melilit ke atas.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
silipi, *selipik* Ibsejenis bekas kecil daripada anyaman bemban digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil.Pujo mencapai silipi kecil yang dibawanya tadi. Dari dalam bekas itu dikeluarkannya seutas tali berwarna hitam sepanjang kira-kira lapan inci dengan dua biji taring babi hutan terikat padanya.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas