Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bu.nan] | تيمبونن

Definisi : 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbun­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bu.nan] | تيمبونن

Definisi : 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMBUNAN BUANGAN

Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan

dan sampah-sarap yang lain yang

ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak

arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan

sampah daripada tapak khemah atau kampung

yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat

tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan

tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat

yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit

cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada

kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan

mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang

mengkaji timbunan buangan ini akan membina

kembali kehidupan harian dan adat resam yang

berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup

sebelum sejarah ditulis.

UMUM 
AISBERG

Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar,

berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah

glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang

amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia

terjadi daripada air beku segar

UMUM 
TETAMBAKTimbunan bahan mendak di atas tebing sungai, berlaku apabila aliran sungai melimpasi tebing.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
MENGUARI

Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal

atau timbunan batu dari bumi dan

menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari

ialah lubang besar dalam tanah tempat batu

diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk

basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan

batu loh.

UMUM 
MONUMEN KEBANGSAAN WHITE SANDSMonumen Kebangsaan White Sands terletak di selatan New Mexico, Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada timbunan besar pasir gipsum yang diterbangkan angin lalu membentuk bukit pasir (gumuk). Ketika cahaya terang, bukit pasir ini kelihatan seperti padang salji yang luas. Monumen ini diwartakan pada tahun 1933.UMUMUmum
ALTAR

Altar ialah tempat yang dibina atau objek yang

menjadi pusat pemujaan agama. Altar boleh

dibuat dari timbunan tanah ataupun batu yang

diukir.

UMUM 
OLIVIN

Olivin ialah mana-mana kumpulan bahan mineral

pembentuk batuan yang biasa yang mengandungi

silikon, oksigen, magnesium, dan besi. Olivin

terjadi terutamanya dalam batu igneus gelap,

biasanya sebagai timbunan hablur halus atau

hablur yang tertanam. Umumnya mineral ini

merupakan salah satu mineral pertama yang

terhablur daripada magma berwarna gelap (bahan

batuan yang telah cair).

UMUM 
BUTTE

Butte ialah bukit atau gunung kecil yang

berlereng curam yang terdiri sendirian, menjulang

tegak di sekitar kawasan desa. Perkataan butte ialah

perkataan Perancis yang bermakna timbunan.

UMUM 
ANEURISME

Aneurisme ialah bonjol bak belon yang

terbentuk di kawasan dinding arteri atau vena yang

lemah. Aneurisme yang paling berbahaya adalah

yang berlaku dalam arteri, terutamanya arteri otak

dan aorta, arteri utama dari jantung. Kebanyakan

aneurisme terhasil daripada aterosklerosis ,

penyakit yang disebabkan oleh timbunan

kolesterol pada dinding arteri. Sebab-sebab lain

aneurisme termasuk gangguan genetik atau

kecacatan lain yang wujud semasa lahir.

UMUM 
MONT PELÉE

Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di

bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat

Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut.

Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902,

selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah

lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan

cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter

terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak

menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu

runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas

mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint-

Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh.

Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam

bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan

Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung

berapi di atas Mont Pelée.

UMUM 
12

Kembali ke atas