Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.pu] | تيڤو

Definisi : perbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang, kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin; menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak ditipu benar-benar; tertipu (telah) ditipu; tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang; penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; penipu orang yg menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.pu] | تيڤو

Definisi : perbuatan atau perkataan yg tidak jujur utk mengakali atau utk menyesatkan orang: ~ daya bermacam-macam muslihat atau helah. menipu mengenakan tipu daya; mengakali: Pekedai itu selalu ~ pembeli-pembeli di kedainya. penipuan 1 perbuatan atau hal menipu. 2 kejadian menipu: Polis sedang menyiasat ~ yg dilaporkan itu. penipu orang yg menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Jerat serupa jerami.

Bermaksud :

Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
daya I1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
muslihat1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
helah(hélah) 1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya; 2. alasan yg dibuat-buat, dalih: gadis itu selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan sesaingnya dgn berbagai-bagai ~; berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya); 2. berdalih; menghelah memperdaya, mengakali, menipu; menghelahkan 1. mendalihkan: baha­wa­sa­­nya Tuhan itu sangat mengetahui lahir dan batinnya tidak dapat dihelahkan; 2. sl memperoleh sesuatu dgn helah: kerana hendak ~ wang orang, ia sanggup mengor­bankan nama baiknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
muslihatAr 1. daya upaya, ikhtiar: apakah ~ agar kesatuan itu benar-benar boleh me-wakili pelajar Melayu seluruhnya; 2. = tipu ~ tipu daya, akal, helah: sekarang apa yg kita mahu ialah satu tipu ~ yg licin spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu; beliau menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan utk ~ am; ~ perang siasat perang, taktik perang; bermuslihat mempunyai muslihat: negara itu mencapai matlamatnya dgn ~ dlm hal ehwal negara lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
muslihat1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang.Kamus Pelajar
tipuperbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang, kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin; menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak ditipu benar-benar; tertipu (telah) ditipu; tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang; penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; penipu orang yg menipu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kilah I1. tipu daya, tipu muslihat: segala ~ yg dijalankan tidak memberi hasil; 2. helah, dalih, alasan (utk tujuan yg tersembunyi): itu hanya suatu ~; berkilah, berkilah-kilah berdalih, men­cari-cari helah, berbelit-belit atau berputar­-putar (percakapan): ia bertanya dgn tidak berkilah-kilah; mengilah-ngilahkan = mengilahkan ark membelit-belitkan (memutar-mutar) perka­taan dll, menggunakan helah atau tipu mus­lihat: mereka ~ kenyataan sesuka hati mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
perdayaantipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti;Kamus Dewan Edisi Keempat
tipu muslihattipu daya, akal, helah: sekarang apa yg kita mahu ialah satu tipu ~ yg licin spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu; beliau menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan utk ~ am;Kamus Dewan Edisi Keempat
putar belitakal (tipu muslihat, tipu daya, dll) yg berbelit-belit: berita itu mengandungi segala macam ~; berputar belit berlaku tidak jujur, berubah­-ubah janjinya dll; memutarbelitkan mengubah-ubah janji (ke­benaran, perkataan, dsb) dgn tujuan utk menipu dsb: kita tidak harus ~ fakta-fakta sejarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas