Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.pu] | تيڤو

Definisi : perbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang, kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin; menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak ditipu benar-benar; tertipu (telah) ditipu; tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang; penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; penipu orang yg menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.pu] | تيڤو

Definisi : perbuatan atau perkataan yg tidak jujur utk mengakali atau utk menyesatkan orang: ~ daya bermacam-macam muslihat atau helah. menipu mengenakan tipu daya; mengakali: Pekedai itu selalu ~ pembeli-pembeli di kedainya. penipuan 1 perbuatan atau hal menipu. 2 kejadian menipu: Polis sedang menyiasat ~ yg dilaporkan itu. penipu orang yg menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Jerat serupa jerami.

Bermaksud :

Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
160Diamond cuts diamondSama-sama cerdik atau licikOrang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulangMany people had fallen prey to his cunning tricks, and so he thought he had outwitted me, but diamond cuts diamond. I still had a few cards up my sleeve.Banyak orang menjadi mangsa kepada tipu helahnya yang licik itu, dan dia menyangka yang dia telah mengakali aku pula, tetapi orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang. Aku masih ada beberapa muslihat yang dia tidak tahu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas