Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.pu] | تيڤو

Definisi : perbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang, kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin; menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak ditipu benar-benar; tertipu (telah) ditipu; tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang; penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; penipu orang yg menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.pu] | تيڤو

Definisi : perbuatan atau perkataan yg tidak jujur utk mengakali atau utk menyesatkan orang: ~ daya bermacam-macam muslihat atau helah. menipu mengenakan tipu daya; mengakali: Pekedai itu selalu ~ pembeli-pembeli di kedainya. penipuan 1 perbuatan atau hal menipu. 2 kejadian menipu: Polis sedang menyiasat ~ yg dilaporkan itu. penipu orang yg menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Jerat serupa jerami.

Bermaksud :

Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?)"tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah.Tatabahasa06.10.2012
Apakah kata majmuk atau kata ganda untuk perkataan " tipu " ?'Tipu' ialah kata kerja, untuk merujuk banyaknya kegiatan penipuan yang berlaku lazimnya disebut 'beberapa kes penipuan'.Tatabahasa30.03.2011
Adakah istilah "main tipu" boleh digunakan dalam penulisan atau media?Perkataan main tipu tidak sesuai digunakan dalam penulisan rasmi atau media kerana perkataan tersebut merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang bermaksud mengenakan tipu muslihat dalam melakukan sesuatu perkara, pertandingan atau yang seumpama dengannya.Makna13.08.2021
dalam antologi dirgahayu bahasaku teks komsas ting 5, ada sajak yg bernama kecek(v), apakah maksud sebenar kecek dalam sajak itu? adakah ia merujuk kepada celoteh atau merujuk kepada tipu perdaya?

Salam sejahtera,

Menurut kamus Dewan edisi keempat halaman 698, kecek bermaksud coleteh atau tipu tetapi bagi maksud untuk memahami sajak Kecek oleh Awang Abdullah dalam buku Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5, saya syorkan tuan/puan merujuk guru di sekolah untuk mengetahui maksud kecek dalam konteks sajak tersebut. Sekian, terima kasih.

Lain-lain17.03.2011
Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan gramatis dalam ayat ini? inginkan atau ingin akan. TKPenggunaan perkataan inginkan dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa15.05.2012
Assalamualaikum, Apabila saya merujuk kamus, perkataan 'mendaya' didefiniskan seperti berikut: men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: Adakah maksud lain daripada definisi tersebut bagi perkataan 'mendaya?'

Saudara,

Perkataan "mendaya" ialah padanan bagi kata dalam bahasa Inggeris "intrigue" yang membawa maksud menarik minat, membuat [sso] berminat: the idea ~d him, gagasan itu menarik minatnya; Untuk keterangan lanjut, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam laman sesawang DBP.

Makna23.10.2010
Terdapat 1 kesalahan tatabahasa dan 1 kesalahan istilah dalam ayat ini. Mohon pihak tuan tentukan jawapannya. Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu. Sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah "Mereka yang tertipu sebenarnya tidak cuai tetapi tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan mereka itu".Tatabahasa13.09.2015
apakah maksud marcapada dan mayapadaMarcapada bermakna dunia sekarang ini. Contoh ayat : Orang Mukmin yang tidak terpengaruh dengan marcapada yang penuh dengan tipu daya. Mayapada bermaksud dunia dan sama makna dengan marcapada.Makna29.11.2007
Apakah padanan "blindsided". Contoh ayat: How did he get blindsided by a wizard?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah blindside ialah tipu daya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.08.2023
kata ganda semu ialah apa? Ada perkataan ini?Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “semu” bermaksud seakan-akan benar, wujud dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, tipu daya atau muslihat dan lebih kurang atau agak-agak. Kata ganda bagi “semu” ialah “semu-semu” yang membawa maksud lebih kurang atau agak.Makna11.02.2022
123

Kembali ke atas