Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Jerat serupa jerami.

Bermaksud :

Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.
Kurik Kundi Merah SagaRusa batu disimpul pulih, Bunga sena dalam jerami; Bagaimana tipu hendak boleh, Cuba guna dalam nyanyi.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu tiga batang, Patah sebatang digerit anai-anai; Abang tipu kata nak datang, Air mata menjadi sungai.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu tiga batang, Pisang hitam masak di kebun; Abang tipu kata nak datang, Bulan gelap hujan nak turun.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan makan papaya, Taruh mari atas peti; Apa nak buat tipu daya, Sama kita satu hati.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik mencari remis, Membawa bubu bersama tangguk; Disangka baik mulut yang manis, Rupanya tipu dalam pujuk.
Kurik Kundi Merah SagaKe hutan mencari rotan, Cari makan tepi paya; Bukan saya sayangkan umpan, Takut ikan tipu saya.
12

Kembali ke atas