Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ra.ni] | تيراني

Definisi : corak pemerintahan yg zalim (oleh pemimpin negara, puak, dll) yg menggunakan kekuasaan sesuka hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tirani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIRANI

Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah

untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh

seorang pemerintah yang mempunyai kuasa

mutlak. Pada zaman Yunani purba, tirani

bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang

pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah

pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab.

Istilah tirani boleh juga digunakan untuk

merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh

pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui

kekerasan tentera atau muslihat politik.

Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat

sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan

kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan.

Satu lagi maksud tirani ialah kerajaan yang

menggambarkan seorang atau sekumpulan orang

yang memerintah dengan kejam, menindas, atau

tidak adil.

UMUM 

Kembali ke atas