Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh ber­derai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya men­dapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : 1. tanda yg bulat halus (utk menun­jukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, peng­iktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalik­kan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum mem­perkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair men­didih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tum­puan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menen­gah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan per­mulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ per­mulaan sesuatu (hal, keadaan, keja­dian, keja­yaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persa­maan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara bebe­rapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tum­puan pd persilangan dua garis (tempat ber­silang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : bertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa; menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) ber­kali-kali, menempa: orang yg hendak di­hukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : titis atau derai air dsb. ~ peluh penat lelah atau usaha yg sungguh-sungguh. menitik jatuh setitik demi setitik (ttg air dsb); menitis: Air matanya ~ membasahi surat yg sedang dibacanya itu. menitikkan menyebabkan ke­luar setitik demi setitik; menitiskan. titikan apa-apa yg menitik; titisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : tanda yg bulat dan kecil (utk menandakan tempat berhenti mem­baca atau utk menunjukkan bahawa sesuatu ayat sudah lengkap dsb); noktah. ~ dua noktah bertindih. ~ kata kata pemutus. ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya. ~ permulaan sesuatu peristiwa atau perkara yg menjadi punca kejadian tertentu. ~ perpuluhan tanda titik yg mengasingkan angka penuh dgn angka perpuluhan. ~ persamaan unsur(-unsur) yg menunjukkan ke­samaan beberapa perkara. menitik membubuh tanda titik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ti/] | تيتيق

Definisi : ; menitik memukul besi, emas dll berkali-kali; menempa: Ia ~ besi utk dijadikan parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,

Puisi
 

Anak itik jatuh ke pantai,
     Memakan jambu anum;
Liur titik gugur ke lantai,
     Melihat balu orang lagi anum.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Biar titik,
     jangan tumpah.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
number linegaris nomborMatematikTiadaSatu jenis lurus di mana, titik-titik dikenalpasti dengan nombor nyata, titik-titik dikenalpasti dengan integer berturut-turut yang biasanya dijarakkan satu unit di antara satu sama lain.
anomalous (abnormal) retina correspondenceberanomali)PerubatanTiadaHubungan di antara titik-titik yang sepadan pada retina kedua-dua mata, dengan titik-titik penetapannya adalah salah.
isochoreisokorGeologiTiada1. Garis dalam gambar rajah fasa yang menghubungkan titik-titik isi padu malar.,2. Garis pada peta yang dilukis melalui titik-titik sama ketebalan gerudian bagi suatu unit subpermukaan tertentu.
point-to-pointtitik ke titikGeografiTiadaBiasanya merujuk kepada bentuk ukuran yang dijalankan berdasarkan titik-titik tertentu yang telah ditetapkan.
pulse lengthpanjang denyutKejuruteraanTiada1. Jeda masa di antara titik-titik tempat nilai ketika pada pinggir depan dengan pinggir mengekor mempunyai hubungan tertentu terhadap amplitud denyut puncak. Sinonim: tempoh denyut, lebar denyut.,, yang biasanya ditakrif sebagai jeda masa di antara titik-titik setengah kuasa pada pinggir depan dan mengekor bagi denyut itu. Sinonim: tempoh denyut, lebar denyut.
point of contacttitik sentuh; titik pertemuanKejuruteraanTiada1.Titik sentuh: Titik tunggal tempat dua lengkung, atau dua permukaan melengkung, bersentuhan.,2. Titik tempat garis tangen menyentuh lengkung. Sinonim: tangenan.,3. Titik tempat sesuatu jasad bersentuhan dengan jasad yang lain, atau dengan permukaan yang menyokongnya.
position control systemsistem kawalan kedudukanKejuruteraanTiadaKawalan diskret atau titik ke titik apabila gerakan terkawal digunakan sebagai cara untuk sampai ke titik hujung yang tertentu, tanpa kawalan laluan semasa gerakan di antara titik-titik hujung.
reference marktanda rujukanKejuruteraanTiada2. Titik yang jauh, yang darinya jarak sudut titik-titik lain diambil di stesen. Sinonim: objek rujukan.,3. Salah satu titik yang digunakan dalam perekabentukan litar tercetak, yang memberikan dimensi-dimensi skala dan menunjukkan pinggir papan litar.
dot mappeta titikGeografiTiadaPeta yang menggunakan titik-titik untuk menunjukkan taburan ruangan sesuatu fenomena.
reference objectobjek rujukanKejuruteraanTiadaTitik yang jauh, yang darinya jarak sudut titik-titik lain diambil di stesen. Sinonim: tanda rujukan.
12345678910...

Kembali ke atas