Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.long.ber.to.long] | تولوڠ-برتولوڠ

Definisi : bantu-membantu, saling membantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tolong-bertolong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dengan bertolong-tolongan?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya).Lain-lain02.10.2021
Apakah perbezaan antara tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dengan bertolong-tolongan dari segi penggunaan?Contoh:Kita seyogianya bertolong-tolongan supaya kemelut ini dapat ditangani.Ayat ini betul?
Ayat di atas betul. 

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). Oleh itu, perkataan-perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian dengan maknanya.
Makna04.10.2021
Selamat petang, cikgu. Nak tanya apakah perbezaan antara empat perkataan ini? 1tolong-bertolong 2tolong-menolong 3bertolong-tolong 4bertolong-tolonganBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). Oleh itu, perkataan-perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian dengan maknanya.Makna04.10.2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara tolong dan bantu? Bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan untuk maskud yang sama atau adakah kedua-dua perkataan ini mempunyai penggunaan yang khusus? Bagi contoh ayat "go and help her", adakah kedua-dua perkataan bantu dan tolong sesuai untuk menjadi padanan bagi perkataan "help"? Terima kasih.

Puan yang budiman,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "TOLONG" membawa maksud: = minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi.

Manakala dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan pula mendefinisikan perkataan "HELP" sebagai  ~ so. up, /menolong, membantu/ sso naik ke atas; 

Oleh itu berdasarkan rujukan kedua kamus tersebut, perkataan "TOLONG" dan "BANTU" sesuai dijadikan padanan untuk perkataan "HELP".

Makna09.11.2019

Kembali ke atas