Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.duh] | تودوه

Definisi : ; menuduh 1. menunjuk dan mengata­kan seseorang melakukan kejahatan (kecu­rangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengada­kan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; tuduh-menuduh saling menuduh (me­nyalah­kan satu sama lain): mereka ~ sesama sendiri; menuduhkan melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; yg ~ orang yg dituduh (didakwa); tuduhan hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan; pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; penuduh orang yg menuduh, pendakwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.duh] | تودوه

Definisi : ; menuduh 1 menunjuk dan mengatakan bahawa seseorang melakukan sesuatu kejahatan dll: Ia ~ kawannya mencuri wang itu. 2 menyangka sese­orang melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang; mendakwa. tuduh-menuduh saling menuduh antara satu dgn yg lain. tuduhan apa-apa yg dikatakan utk menuduh; dakwaan: Semua ~nya tidak benar. pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan se­suatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mah­kamah: Dia mengaku tidak bersalah apabila ~ terhadapnya dibaca di hadapan hakim. penuduh orang yg menuduh; pendakwa. petuduh orang yg di­tuduh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuduh
Kata Terbitan : menuduh, tuduh-menuduh, tertuduh, tuduhan, penuduh,