Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Man tukang kepiah, Kepiah beludu jahit sehari; Kepada tuan tidak berubah, Sudah dituju di jantung hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang jembalang bermata tujuh, Ditukang oleh tukang emas; Jangan digusar jangan digaduh, Di dalam tangan digenggam kemas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada apa di Tanjung Batu? Encik Ali tukang perahu; Anak siapa gerangannya itu? Hanyalah rupa nama tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah apa di hujung tanjung, Rumah Pak Jenal tukang perahu; Teman siapa berbaju gadung, Rasa kenal nama tak tahu. |