narrator | tukang cerita | Kesusasteraan | Puisi | Lihat pengisah. |
dalang | dalang | Kesusasteraan | Tiada | Tukang cerita yang menyampaikan dialog, menyanyi dan menggerakkan patung dalam persembahan wayang kulit. Dalang juga bertindak selaku pemimpin atau pengarah muzik yang mengiringi keseluruhan persembahan wayang kulit. |
celebrity chef | cef selebriti | Umum | Tiada | Tukang masak mahir yang telah mencapai kemasyhuran dan pengiktirafan awam. |
Boulle marquetry | tatahan Boulle | Kesenian | Hiasan Dalaman | Teknik perhiasan tatah dalam yang diperkenalkan oleh tukang tatah Perancis bernama Andre Charles Boulle pada abad ke-17. Perhiasan tatah dalam diperbuat daripada marmar, timah, tembaga atau mutiara yang membentuk corak, reka bentuk dan gambar. |
kaba | kaba | Kesusasteraan | Puisi | Suatu bentuk sastera lisan yang berkembang di Minangkabau, Sumatera Barat. Lazimnya kaba disampaikan oleh penutur atau tukang cerita dalam bentuk prosa lisan, namun begitu terdapat juga dalam bentuk puisi. Contohnya, kaba yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Minangkabau dari dahulu hingga kini ialah Kaba Tjindue Mato dan Putri Sari Bunia. |
cerita lipur lara | cerita lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rakyat berbentuk roman yang biasanya mengandungi unsur pengembaraaan dan percintaan disampaikan oleh tukang cerita, iaitu penglipur lara. |
oral literature | sastera lisan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk prosa atau separa prosa seperti cerita rakyat dan lipur lara. Sastera lisan juga disampaikan dalam bentuk puisi, iaitu pantun, seloka, mantera, teromba dan lain-lain. Lihat juga cerita rakyat, formulaik. |
orthodoxy | faham ortodoks | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah. |
narrator | pengisah | Kesusasteraan | Puisi | Penyair yang menciptakan sesebuah puisi, ataupun orang yang membacakan atau mendeklamasikannya. Contohnya, pengisah kepada peristiwa kematian Atmo Karpo dalam puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" itu ialah W.S. Rendra, sedangkan pengisah dalam bentuk deklamasi tidak semestinya W.S. Rendra, sesiapa pun boleh mengisahkannya. Sinonim tukang cerita. |
tiang seri | tiang seri | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tiang utama di dalam rumah tradisional Melayu. Tiang ini merupakan tiang pertama yang didirikan semasa pembinaan rumah, biasanya terletak di tengah rumah. Tiang seri dibuat daripada kayu pokok keras yang matang dan terpilih. Di sesetengah tempat yang mengikut adat, tiang seri akan diasap dan disertai dengan jampi serapah oleh tukang rumah sebelum dan semasa tiang didirikan. |