Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pas] | تومڤس

Definisi : 1 binasa sama sekali; punah. 2 kalah atau tewas dlm perlawanan sukan (bola sepak, badminton dsb). menumpaskan 1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-­askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm per­­lawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0. ketumpasan 1 kebinasaan atau kemusnahan. 2 kekalahan atau ketewasan (dlm perlawanan sukan spt bola sepak, badminton). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tum.pas] | تومڤس

Definisi : Pr hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pas] | تومڤس

Definisi : ark; tumpasan bintik-bintik kotor (dr dakwat dll), noda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pas] | تومڤس

Definisi : habis sama sekali, binasa, punah: tanamkan ke dlm hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dr bumi Asia Tenggara; menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunah­kan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya; ketumpasan perihal tumpas; tumbas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tumpas (kata kerja)
Bersinonim dengan tewas, kalah, tertawan, kecundang, gagal, kandas, hampa, terguling, gugur, jatuh, tumbang, musnah, binasa, jahanam, hancur, punah, tumpur;,
Kata Terbitan : menumpaskan, ketumpasan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crumplevi often ~ up, 1. become creased or crushed up, ronyok, renyuk, berkedut; (of st made of metal) remuk: this material ~s easily, kain ini mudah ronyok; the wing ~d when the plane hit the tower, sayap kapal terbang itu remuk apabila terlanggar menara; 2. collapse, rebah: he ~d up suddenly under the strain, dia rebah dgn tiba-tiba krn terlalu penat; 3. lose strength to fight, give way, patah semangat; (of enemy forces, resistance, etc) tumpas: he ~d up on hearing the bad news, dia patah semangat apabila mendengar berita buruk itu; 4. (of face) berkerut-kerut: her face ~d up, and she began to cry, mukanya berkerut-kerut dan dia mula menangis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas