Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pas] | تومڤس

Definisi : 1 binasa sama sekali; punah. 2 kalah atau tewas dlm perlawanan sukan (bola sepak, badminton dsb). menumpaskan 1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-­askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm per­­lawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0. ketumpasan 1 kebinasaan atau kemusnahan. 2 kekalahan atau ketewasan (dlm perlawanan sukan spt bola sepak, badminton). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tum.pas] | تومڤس

Definisi : Pr hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pas] | تومڤس

Definisi : ark; tumpasan bintik-bintik kotor (dr dakwat dll), noda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pas] | تومڤس

Definisi : habis sama sekali, binasa, punah: tanamkan ke dlm hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dr bumi Asia Tenggara; menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunah­kan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya; ketumpasan perihal tumpas; tumbas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tumpas (kata kerja)
Bersinonim dengan tewas, kalah, tertawan, kecundang, gagal, kandas, hampa, terguling, gugur, jatuh, tumbang, musnah, binasa, jahanam, hancur, punah, tumpur;,
Kata Terbitan : menumpaskan, ketumpasan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TumpasAmir TanUtusan Zaman20.02.1983
TumpasMarzuki IshakBerita Minggu12.12.1990
Jasa Kanang tumpas musuh terus dikenang-Berita Harian01.08.2006
Anak Jantan Tumpas Di TanganNor AkilaMingguan Wanita01.07.1988
Terinai hampir tumpas perlu dipulih kembaliRejab F. IBerita Harian14.04.1975
Terinai hampir tumpas perlu dipulih kembaliRejab F. IBerita Harian14.04.1975
Sebelum Nasfas Tumpas Dari Ruyung HayatSazalee YacobBerita Minggu (Sastera dan Budaya)05.11.2000
Golongan penindas oligarki pasti tumpasKassim AhmadBerita Harian11.06.1998

Kembali ke atas