Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll. | Makna | 05.08.2014 |
1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupai | Jawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para. | Tatabahasa | 03.11.2014 |
1.Si tupai tinggal pada sebatang pokok di dalam sebuah hutan. 2. Si tupai tinggal di sebatang pokok di dalam sebuah hutan. Soalan saya,ayat yang manakah adalah betul? adakah perkataan 'tupai' di atas perlu menggunakan huruf 'T' yang besar? Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah: Si tupai tinggal di sebatang pokok dalam hutan. Perkataan 'tupai' merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil sahaja. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
Tuan,saya ingin menanyakan kekeliruan saya tentang kata adverba lagi. Dalam ayat "Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua", kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata nama "tupai", atau menerangkan kata kerja "melompat"? Bagaimanakah caranya untuk menentukan kata adverba menerangkan golongan kata apa? Adakah kita perlu memahami maksud ayat dahulu lalu menentukan sasaran penerangan kata adverba dengan kefahaman sendiri? Pada pemahaman saya, kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan cara tupai melompat, jadi kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata kerja "melompat". Adakah cara saya ini betul? Betulkah saya perlu menentukan sasaran golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba melalui pemahaman saya tentang ayat itu? Tuan tolong kemukakan satu cara yang berkesan kepada saya untuk mengetahui kata adverba menerangkan jenis golongan kata yang mana. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa "sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua" ialah peribahasa, tetapi saya mengandaikan peribahasa ini digunakan sebagai satu ayat. | Kata adverba sepandai-pandai dalam peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua menerangkan kata kerja melompat. Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 06.12.2014 |
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |
Salam. Saya seorang guru dari Sekolah Rendah Beacon di Singapura. Saya telah menggunakan 4 tajuk daripada Siri Sastera Melayu Kanak-kanak iaitu 1) Bercuti Bersama Nenek 2) Sepandai-pandai tupai melompat 3) Kanak-kanak Kampunhg Bahagia untuk program apresiasi sastera untuk murid-murid darjah 3 dan 4. Sekolah kami telah menjalankan program ini selama lima tahun . Setiap murid membeli buku-buku ini. Namun, tahun ini kami dapati kesemua tajuk tidak akan dicetakkan lagi. Kami berdukacita dengan kedudukan ini kerana kurikulum telah pun ditentukan untuk murid-murid kami dan nampaknya program berdasarkan buku-buku ini sangat memuaskan. Kami tidak mahu memadamkan program ini dan pasti memerlukan masa untuk mengubah program berdasarkan buku-buku lain. Jadi, adakah pihak Dewan Bahasa akan hentikan cetakan buku-buku ini? Bolehkah, pihak sekolah mencetak buku-buku ini sendiri untuk digunakan oleh pelajar sebagai bahan rujukan dan pembelaran hanya di sekolah? Sila hubungi saya secepat mungkin. Yang benar, Wan Alfida Suleiman Ketua Subjek, Bahasa Melayu Sekolah Rendah Beacon Singapura. | Waalaikumsalam, Untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara ini, mohon tuan hubungi Ketua Editor Bahagian Buku Sekolah di talian 03-21479550. | Lain-lain | 29.10.2014 |
jamil teramat kesal akan kelakuan isterinya....betul atu tidak penggunaan kata teramat kesal? | betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Mohon jelaskan mengenai Kata Penguat. Wujudkah had maksimum penggunaan kata penguat dalam satu ayat? Contoh ayat. Sungai itu terlalu amat sangat dalam sekali . Adakah penggunaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya? terima kasih... | Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Dalam perjalanan pulang, Ibu Angsa tidak nampak Si Ketam yang duduk di tepi tasik. 2. Setelah memerikda sangkar Dodo, baru;ah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3.Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memotong/memangkas bunga. 4. Keesokan hari/keesokan harinya 5. Jom kita main baling-baling buah? ajak Si Tupai Kelabu. 6. Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 7. Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 8. Ha...ha...ha..kamu telah ditipu, wahai Si Buaya yang jahat! Hati saya tidak pernah tanggalkan badan saya,"kata Si Monyet. | Ayat nombor 1 betul. Ayat nombor 2 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodo terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. Ayat nombor 3 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda." Kata bapa arnab sambil memangkas bunga. Ayat nombor 4 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Pada keesokan hari/harinya Ayat nombor 5 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Jom kita main baling buah." Ajak Si Tupai Kelabu. Ayat nombor 6 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba Si Buaya ternampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. Ayat nombor 7 dan nombor 8 tidak difahami dan tidak jelas. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.12.2018 |
Salam sejahtera. Mohon penjelasan tuan perbezaan antara 'darjah paling' dengan 'darjah penghabisan'. Terima kasih | Saudari, Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut: i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan. Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. | Tatabahasa | 04.08.2012 |