Monyet tupai ialah monyet kecil, berwarna
cerah yang hidup dalam kumpulan yang besar.
Kebanyakan kumpulan terdiri daripada 10 ekor
hingga 50 ekor monyet, tetapi sesetengahnya
mempunyai sehingga 500 ekor. Monyet tupai
hidup di hutan di Amerika Tengah dan Amerika
Selatan, dari Costa Rica hingga ke Bolivia. Ia
bergerak pantas di atas pokok dan di tanah,
mencari buah dan serangga untuk dimakan. Ia
menggunakan ekor yang panjang sebagai
pengimbang apabila berdiri atau melompat, tetapi
bukan untuk berpaut. Kebanyakan monyet tupai
membesar kira-kira 30 sentimeter panjangnya,
tidak termasuk ekornya dan beratnya kurang
daripada satu kilogram. Monyet tupai
kebanyakannya berwarna kuning atau kuning
kehijauan. Belakangnya berwarna kelabu abu atau
perang kemerahan dengan warna keemasan atau
hijau buah zaitun. Leher, muka dan dadanya
berwarna putih atau kuning cerah. Hidung dan
bahagian mulutnya yang berbeza ketara dengan
berwarna hitam bulu putih di sekeliling matanya.
Lihat juga Hutan hujan tropika (gambar: Monyet
tupai).