Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai] | توڤاي

Definisi : sj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; ekor ~ sj tumbuhan (herba), Justicia betonica; sarang ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit, Aneilema nudiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : beberapa jenis binatang pe­nge­­rip atau pengunggis yg pandai melompat, Tupaia (Sciurus) spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Anak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ali belayar ke Bangka, Tupai nandung makan padi; Siang malam tidak kusangka, Sudah terkandung di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bawakan minyak ke tengah laut, Macam mana tupai nak kerik; Kalau lebat bunga tengah rambut, Macam mana hamba nak ambik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah pedada dimakan kera, Jatuh ke pantai dimakan tupai; Kalau hayatku salah ada, Sudilah juak bunga terpakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas