Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.da] | اودا

Definisi : akronim bagi Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.da] | اودا

Definisi : singkatan bagi muda: pak ~; mak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.da] | اودا

Definisi : Mn kakak, abang, udo. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
uda (kata nama,)
Bahasa Asal :Minangkabau
Bersinonim dengan kakak, abang, udo, kakanda;,

Puisi
 

Sayang Pak Uda menahan racik,
     Umpannya kelkatu dalam pinggan;
Kalau ada budi yang baik,
     Menjadi abu orang kenangkan.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
airlightcahaya udaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKecerahan ketara objek jauh yang dilihat oleh pemerhati. Kecerahan ini bertambah apabila dilihat pada siang hari akibat penyerakan cahaya matahari ke arah pemerhati oleh zarah-zarah yang terapung di dalam atmosfera, dan molekul-molekul udara. Cahaya udara bertambah dengan jarah objek disebabkan pertambahan agen-agen penyerak.
cyclonic rainhujan siklonMeteorologiMeteorologi PerhubunganHujan yang terhasil daripada gerakan uda menegak yang berskala besar, dan selalunya berkait rapat dengan ciri-ciri sinoptik, seperti perenggan dan tekanan rendah.
romantic dramadrama romantikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan jalan cerita bersuasana romantik dalam bercinta seperti drama Uda dan Darakarya Usman Awang.
musicalmuzikalKesenianDrama dan TeaterSeni persembahan teatrikal diiringi muzik yang disampaikan secara berlagu atau puitis terutama untuk bahagian yang dramatik seperti adegan sedih, gembira, bercinta dan bertarung. Contohnya, muzikal Uda dan Darakarya Usman Awang.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiadaPenyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita H
adaptationadaptasiKesusasteraanTiada

Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen “Uda dan Dara” karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan Dara, novel Sali

implementing agencyagensi pelaksanaPentadbiranTiadaBadan yang ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu projek sehingga matlamat tercapai. Agensi pelaksana terdiri daripada syarikat, jabatan kerajaan, kementerian, atau pertubuhan antarabangsa. Agensi ini biasanya merupakan badan profesional yang mengetahui selok belok projek yang ingin dilaksanakan. Contohnya, PLUS dalam usaha membina lebuh raya baru, Petronas mencari gali minyak atau UDA membangunkan sebuah bandar baharu.
blocking anticycloneantisiklon halangMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan tekanan tinggi yang terbentuk di Siberia pada musim sejuk, yang dapat dilihat jelas dicarta min tekanan aras laut. Antisiklon ini berpusat berhampiran dengan Tasik Baikal dan min tekanan aras lautnya melebihi 1030 hPa dari akhir November hingga keawal Mac. Keamatan antisiklon ini diperkuat oleh gunung yang mengelilingi kawasan tersebut yang menghalang udara sejuk mengalir keluar. Di pusat antisiklon, uda yang biasanya berkitar ikut arah jam diganti oleh angin katabatik yang menuruni lurah sungai; tetapi di sebelah timur di sepanjang pantai Pasifik, terdapat jalur angin utara yang amat kuat. Pada musim panas, kawasan antisiklon Siberia digantikan oleh kawasan tekanan rendah.

Kembali ke atas