Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.dang] | اودڠ

Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, Totanus spp.; burung raja ~ sj burung a) Alcedo atthis bengalensis; b) Alcedo meninting verrauxii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang (berkulit keras, berkaki sepuluh dan berekor) yg hidup di air dan boleh dimakan. ~ galah Palaemon longirostris. ~ geragau (pepai, kepai) Mysis spp.. ~ kering udang yg dikeringkan, Paenaeus momdon. ~ laut Palinurus homarus. ~ lubuk Thenus orientalis. ~ sungai Palaemon sondaicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tidak sama anak tenggiri;
     Anak orang orang juga,
Tidak sama anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Bermaksud :

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(12)

567

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Udang hendak mengatai ikan

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Udang hendak mengatai ikan ,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
381So many men, so many opinions.Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragamA motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
567Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Udang hendak mengatai ikan''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Udang hendak mengatai ikan ,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
551There's no accounting for tastesDalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
543It takes all sorts to make a worldDalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, it takes all sorts to make a world.Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas