Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.dang] | اودڠ

Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, Totanus spp.; burung raja ~ sj burung a) Alcedo atthis bengalensis; b) Alcedo meninting verrauxii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang (berkulit keras, berkaki sepuluh dan berekor) yg hidup di air dan boleh dimakan. ~ galah Palaemon longirostris. ~ geragau (pepai, kepai) Mysis spp.. ~ kering udang yg dikeringkan, Paenaeus momdon. ~ laut Palinurus homarus. ~ lubuk Thenus orientalis. ~ sungai Palaemon sondaicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tidak sama anak tenggiri;
     Anak orang orang juga,
Tidak sama anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Bermaksud :

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(12)

567

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Udang hendak mengatai ikan

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Udang hendak mengatai ikan ,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Udang sebalik Batu (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia05.09.2006
Udang dan ketam di sebalik batuPak Pandir ModenUtusan Malaysia23.01.1986
UdangSaik D. SSabah Times19.02.1990
Ada udang disebalik batuTiadaUtusan Melayu13.02.1970
Tiada udang di sebalik batu - ketua satu GapenaTiadaBintang Timur11.11.1981
Banyak udang banyak garamSamad IdrisMingguan Malaysia19.11.1989
Penjala UdangBadrillahWatan07.09.1987
Penjala UdangBadrillahWatan07.09.1987
Penjala UdangBadrillahWatan22.09.1987
Janggut Udang: Suatu Catatan PagiK. BaliBerita Minggu13.01.1991
12

Kembali ke atas