Selamat sejahtera.Nak tanya,apakah perbezaan antara ukhuwah dengan silaturahim? | Makna kata ukhuwah dan silaturahim ialah seperti yang berikut: ukhuwah kata nama perhubungan sebagai saudara; persaudaraan: Contoh penggunaan Masjid bukan hanya menjadi tempat kita mengabdikan diri kepada Allah, tetapi tempat mempererat ukhuwah sesama kita. Manusia yang baik ialah manusia yang dapat menjalin dan mempererat ukhuwah antara sesama manusia. ukhuwah Islamiah persaudaraan dalam Islam; silaturahim kata nama 1 hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan dan perkahwinan: Contoh penggunaan Janganlah kamu memutuskan silaturahim dengan keluarga kalian, sekalipun mereka menyakitimu. 2 hubungan persaudaraan antara orang-orang Islam: Contoh penggunaan Sedekah dapat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam. Daripada takrif tersebut dapatlah diketahui perbezaan dan persamaan makna kata tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 03.12.2023 |
Perkataan 'Arab, "ukhwah". Apa ejaan yang betul? | Ejaan betulnya ialah ukhuwah yang bermaksud persaudaraan. | Ejaan | 28.08.2006 |
maksud perkataan intihanya, marcapada, uhwah, | Perkataan intihanya tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah intiha (bahasa Arab) yang bermaksud akhir, penghabisan, penutup, dan perhentian. Marcapada ialah bahasa klasik atau sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini, manakala ukhuwah bermaksud persaudaraan. | Makna | 01.11.2010 |
Assalamu alaikum. Slogan yang mana satu lebih tepat? 1. Jauh didekatkan, ukhuwwah dipereratkan 2. Yang jauh didekatkan, ukhuwwah dipereratkan Atau ayat lain yang lebih tepat. Wassalam. Terima kasih. | Slogan yang tepat dari aspek tatabahasa ialah “Yang jauh didekatkan, ukhuwah dipererat”. | Tatabahasa | 09.03.2014 |