Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lar] | اولر

Definisi : sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular, Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lar] | اولر

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Freycinetia angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Strychnos ligustrina; paku ~ sj tum-buhan (pakis), Pleopeltis phymatodes; ular-ularan sj tumbuhan (pokok memanjat), Tinospora coriacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lar] | اولر

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang menjalar yg tidak berkaki dan badannya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak). ~ kapak Trimeresurus wagleri. ~ katam tebu Bungarus fasciatus. ~ kepala dua a. nama sj ular, Cylindrophis rufus. b. ki orang yg bermuka dua; orang yg munafik. ~ lidi nama sj ular kecil tetapi berbisa, Ahaetulla ahaetulla. ~ sawa Phyton reticulatus. ~ tedung Naja naja. ular-ular tiruan ular; secarik kain dsb yg panjang. ular-ularan tegang atau kejang pd urat betis dll. mengular 1 berbentuk bengkang-bengkok atau berkelok-kelok spt ular: Jalan di kawasan pergunungan itu ~. 2 memanjang spt ular: Barisan penonton yg ingin memasuki auditorium itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.lar] | اولر

Definisi : ; ~ danu pelangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ular

Puisi
 

Ular di titi di kodak,
     Titi mari pandan berduri;
Bunga tinggi penjolok buntak,
     Kalau sudi jatuh sendiri.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Ular bukan,
     ikan pun bukan.

Bermaksud :

Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(57)

309

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Jangan menggerak ular tidur

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan menggerak ular tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mahu bertanya berkenaan selepas tanda seru, huruf pertama perlu besar atau kecil? Contoh: 1) Lari! Lari! Ular hitam! Ada ular hitam! 2) Hai kawan-kawanku semua! kita binatang yang gagah dan cerdik. (Perkataan 'kita' perlu huruf besar atau huruf kecil?)1. Selepas tanda seru perlu huruf besar.
2. Jika perkataan "Kita" terletak pada awal ayat, ia perlu ditulis dengan huruf besar. Jika ia terletak pada tengah ayat, ia perlu huruf kecil.
Lain-lain11.06.2021
Seekor ular menyusur di_____akar pokok itu. A. celah B. pangkal C. pinggir d. hujung Apakah jawapan bagi soalan ini? Adakah pangkal boleh diterima sebagai jawapan?Perkataan "pangkal" kurang tepat untuk ayat ini.  Jawapan yang lebih sesuai ialah  A. "celah"Lain-lain25.02.2014
seekor ular yang menyelak di celah-celah akar telah berjaya ditangkap. adakah "menyelak" betul digunakan dalam ayat ini? kamus dewan tidak ada rujukan. terima kasih.Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menyelak, tuan akan temukan maksud dan contoh penggunaan perkataan menyelak dalam pangkalan data kami termasuklah Kamus Dewan. Untuk makluman tuan perkataan menyelak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa29.07.2013
Salam, perkataan "raja ular Malaysia"Ejaan yang tepat ialah Raja Ular Malaysia.Tatabahasa10.04.2013
Salam sejahtera tuan. 1a. Ular itu telah menelan seekor anak ayam. 1b. Ular itu telah melulur seekor anak ayam. Adakah kedua-dua kata kerja menelan dan melulur sesuai dalam konteks ayat di atas? 2. Apakah perbezaan di antara Segala, Seluruh dan Semua? Bolehkah tuan berikan contoh yang bersesuaian dengan penjelasan tuan? Terima kasih.

1    . Jawapan:

1. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

2.   2. Segala, seluruh dan semua mempunyai maksud yang sama tetapi bergantung pada kesesuaian konteks penggunaannya dalam ayat. Maksud segala, seluruh dan semua ialah 1. tidak ada yang dikecualikan; sekalian; segala: 2. semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: 3. seluruhnya; segala-galanya.

Contoh:

1.   Semua kambing dan lembunya telah dijual.

2.   Seluruh badannya berlumuran darah.

3.   Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Tatabahasa23.08.2021
salam, adakah perkataan "raja ular Malaysia" perlu dieja dengan huruf besar?Ejaan yang tepat ialah Raja Ular Malaysia.Tatabahasa10.04.2013
saya ingin mengetahui penerangan tentang peribahasa seperti "ular didlam semak"Setakat penyemakan saya tidak ada peribahasa Melayu 'ular di dalam semak". Terima kasih.Lain-lain12.12.2006
1.ayam mematuk atau memagut 2.ular mematuk atau memagut 3.mengubahsuai dewan atau menaik taraf dewanMengikut makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, (1) ayam mematuk; (2) ular boleh mematuk dan memagut; (3) mengubah suai dan menaik taraf kedua-duanya boleh digunakan untuk dewan.Makna23.08.2014
Ular tedung itu________di bawah akar pokok yang besar di belakang rumah Pak Abu. A membelit B menyusur C melingkari D melalui Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat digunakan? TKJawapan yang betul ialah B. menyusur (Ular tedung itu menyusur di bawah akar pokok yang besar di belakang rumah Pak Abu.)Tatabahasa05.04.2012
Salam sejahtera. Kemusykilan (ayat pasif) - Ayat yang manakah betul? 1a) Ikan itu dimakan olehnya. b) Ikan itu dimakannya. 2a) Ayam itu dilulur ular. b) Ayam itu dilulur oleh ular. Terima kasih.

Kesemua ayat pasif tersebut adalah betul. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh dalam ayat tersebut yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 490.

Tatabahasa25.08.2011
1234

Kembali ke atas