Yang manakah betul "seperti ulat lupakan daun atau seperti ulat lupa akan daun"? Kami DBP tulis seperti ulat lupakan daun tetapi cikgu kata seperti ulat lupa akan daun. | Kedua-duanya boleh digunakan. "Seperti ulat lupakan daun" ialah sebutan mengikut peribahasa yang ditinggalkan sejak turun-temurun dalam bentuk lisan. "Seperti ulat lupa akan daun" disebut oleh guru mengikut tatabahasa yang betul. Perkataan "kan" pada "lupakan" itu bermaksud "akan" | Sastera | 05.09.2016 |
Seorang 'ulat bilik' berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditikam oleh sekumpulan lelaki kerana cuba memonopoli semua bilik sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands semalam. - Mstar online Apakah maksud 'ulat bilik' ? Terima kasih. | Contoh penggunaan kata ulat yang selalu digunakan dalam frasa ialah ulat buku yang bermaksud seseorang yang sangat rajin membaca buku. Manakala bagi contoh yang membawa maksud negatif ialah seseorang yang menjalankan kegiatan tidak mengikut peraturan yang betul seperti ulat teksi. Dalam contoh ayat yang diberikan, gambaran ulat bilik tidak ada dalam rujukan kami. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Makna | 03.09.2009 |
Etimologi istilah beluncas yang mengganti istilah ulat bulu. | Beluncas tidak menggantikan ulat bulu. Beluncas ialah sejenis ulat bulu yang suka memakan daun-daun kayu; larva serangga. Ulat bulu ialah ulat yang berbulu badannya. | Istilah | 20.10.2018 |
Apakah yang dimaksudkan dengan gendang besar dan ulat naik daun? Adakah kedua-duanya merupakan simpulan bahasa? | "Gendang besar" ialah frasa nama yang bermaksud gendang yang besar. Ungkapan "ulat naik daun" tidak ada dalam sumber rujukan kami. dan tidak ada juga dalam senarai peribahasa. Untuk maklumat lanjut lihat ulat+&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ulat+&d=11 dan klik Kamus dan Istilah serta Peribahasa. | Makna | 19.06.2012 |
apakah maksud umpama ulat dalam batu? | Peribahasa yang betul ialah Ulat dalam batu pun Hidup Juga, bermaksud orang yang rajin berusaha tidakakan mati kelaparan. | Makna | 23.06.2008 |
Selamat pagi. apakah maksud peribahasa ulat makan daun ? Terima kasih. | Peribahasa seperti ulat lupakan daun bermakna, orang yang tidak menghargai jasa atau pertolongan orang lain. | Makna | 13.05.2005 |
Salam sejahtera, Adakah nama bagi teknik-teknik seni sulaman contohnya Bullion, French knot dan Lazy daisy perlu ditulis dengan huruf besar? Contoh ayat, Sulaman bunga lavender menggunakan teknik French knot / french knot. | Nama teknik sulaman haruslah menggunakan huruf kecil kecualai "French knot" kerana "French" ialah nama negeri. Terdapat istilah dalam bahasa Melayu untuk teknik sulaman ini jika puan ingin menulisnya dalam bahasa Melayu. French knot = simpul Perancis lazy daisy = jahit bunga padi bullion = jahit ulat-ulat | Ejaan | 21.09.2017 |
Salam Sejahtera, Wujudkah peribahasa "ulat bulu naik daun" atau ia merupakan bahasa percakapan sahaja? Jika wujud mohon jelaskan maskudnya. Terima kasih. | Frasa tersebut tidak wujud dalam peribahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 14.09.2012 |
1. Pekebun menyemburkan ubat serangga (pada , kepada , di ) sayur-sayuran. 2. Saya menangkap ulat yang ( pada , di ) sayur-sayuran. Apakah kata sendi nama yang betul dalam kedua-dua ayat ini ? Terima kasih. | 1. pada 2. ada pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274. | Tatabahasa | 26.10.2010 |
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Ini raga. *Ini raga Rafi. *Raga Rafi ada tali. *Di dalam raga ada ubi. *Rafi beri ibu lima ubi. *Ibu cuci ubi. *Aaaa... ubi itu ada ulat! *Itu nuri. *Itu nuri Zul. *Zul ada dua nuri. *Nama nuri ini Lili. *Nama nuri itu Lulu. *Lili suka ciku. *Lulu suka nasi. *Zul suka Lili dan Lulu. | Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP. | Lain-lain | 27.12.2016 |