Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mat] | اومت

Definisi : 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.mat] | اومت

Definisi : 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi: ~ Islam terdiri drpd bermacam-macam bangsa dgn berbagai-bagai bahasa; 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai: ~ Asia-Afrika; 3. segolongan manusia, bangsa: ayuhai kaum bangsaku, cubalah kita renungkan keduduk-an ~ kita, Melayu! 4. = ~ manusia seluruh bangsa manusia, sekalian manusia: Nabi bagi segala ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
umat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan pemeluk: penganut, pengikut, ahli, anak buah,

2. Bersinonim dengan orang ramai: seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai, umum,

3. Bersinonim dengan segolongan manusia: bangsa, sekumpulan manusia.,


Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Pasang lilin depan pintu;
Kalaulah kita umat Muhammad,
     Kena sembahyang lima waktu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

509

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Umat Melayu-Islam mesti bingkas bangunA. Aziz DeramanSinar Harian05.02.2009
Umat Melayu dan agenda pemerkasaanSidek BabaBerita Harian13.05.2008
Umat Islam perlu kembali kepada asas agama: PMMisiahTaibBerita Harian31.01.2002
Umat Melayu perlu satu doktrin jelas - Abdul GhaniAkhbar:  Utusan Malaysia01.03.2002
Umat Islam boleh keliruZulkifli BakarWatan08.11.1990
Umat Islam rugi kesilapan singkirkan pelajaran jawiTiadaNusantara27.08.1989
Umat Islam perlu fahami masalah globalSalbiah AliBerita Minggu18.07.1993
Umat Melayu kini hadapi krisis identiti - AnwarHassan Mohd. NoorUtusan Malaysia15.04.1988
Umat Islam perlu pertahan jati diriA. Samad IsmailBerita Harian20.12.1997
Umat Islam ketinggalan jika abaikan tulisan jawiTiadaMingguan Malaysia26.07.1998
12345678910

Kembali ke atas