Assalamualaikum. (1) Yang mana betul: "Undi anda adalah rahsia" atau "Undi anda ialah rahsia"? (2) Dalam soalan nombor 1, penggunaan perkataan yang mana betul: adakah "undi" atau "undian"? Atau boleh digunakan kedua-duanya? Terima kasih. | 1. Undi anda adalah rahsia. 2. Perkataan undi lebih tepat. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama. | Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Salam, Apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk kata "upvote" dan "downvote"? | Padanan yang sesuai bagi "upvote" ialah undi diterima manakala "downvote" ialah undi ditolak. | Lain-lain | 23.01.2020 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "referenda"? Konteks berkaitan politik (undi). Terima kasih. | Tiada padanan makna referenda dalam Kamus Dewan. | Makna | 29.03.2014 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "eu referendum"? Konteks ini berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempt, referendum bermakna pungutan suara rakyat. "eu" pula kependekan kepada kesatuan Eropah. Jadi eu referendum bermaksud referendum kesatuan Eropah. | Makna | 29.03.2014 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional election"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih. | Salam, sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia atau Institut Penterjemahan Negara untuk mendapat terjemahan yang lebih tepat dan betul. Walau bagaimanapun, terjemahkan secara literal ialah "Pilihan Raya Serantau". | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional referendum"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih. | Terjemahan bagi "regional referendum" ialah pungutan suara wilayah. Wilayah merujuk kepada negeri, kawasan yang dibuat sempadan zon seperti zon utara, zon selatan, zon timur dan zon barat, atau daerah. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "province"? Adakah "wilayah"/"daerah" sesuai digunakan? Konteks berkaitan dengan politik (undi) dan digunakan untuk menghubungi wakil dilantik. Contoh ayat: contact province or call province. Terima kasih. | "Province" bermaksud wilayah. Wilayah merujuk kepada negeri, kawasan yang dibuat sempadan zon seperti zon utara, zon selatan, zon timur dan zon barat, atau daerah. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, boleh diterjemahkan kepada "menghubungi wakil wilayah".
| Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Member of the European Parliament"? Singkatan bagi konteks ini ialah "MEP". Konteks ini digunakan dalam politik (undi). Bolehkah pihak DBP cadangkan terjemahan serta singkatan yang boleh digunakan bagi konteks ini? Sumber maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Member_of_the_European_Parliament Terima kasih. | Salam, sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia atau Institut Penterjemahan Negara untuk mendapat terjemahan yang lebih tepat dan betul. Walau bagaimanapun, penterjemahan secara literal "Member of the European Parliment" ialah "Ahli Parlimen Eropah". | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih. | Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali: 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
| Tatabahasa | 01.10.2012 |