Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.ka.pan] | اوڠکڤن

Definisi : 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.ka.pan] | اوڠکڤن

Definisi : 1 susunan kata yg mempunyai maksud tertentu dan digunakan dlm tulisan dan juga dlm pertuturan. 2 simpulan bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ungkapan (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangkaian kata: susunan kata, kata-kata, frasa, frasa kata,

2. Bersinonim dengan simpulan bahasa: peribahasa, ucapan bahasa, pepatah, bidalan, ujar-ujaran.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
florid languagebahasa berbungaKesusasteraanTiadaBahasa yang mengandung ungkapan-ungkapan indah.
flowery languagebahasa berbungaKesusasteraanTiadaBahasa yang mengandungi ungkapan-ungkapan indah.
ungkapanungkapanKesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk dari ungkapan pepatah dan peribahasa.
toppingkata tarikanKesenianDrama dan TeaterUngkapan yang dilafazkan untuk menguatkan dan menjelaskan maksud ungkapan sebelumnya. Ungkapan ini bertujuan untuk memperlihatkan keterampilan watak, membentuk fokus dramatik dan mendapatkan keyakinan penonton.
termsebutanMatematikTiada1. Setiap kuantiti dalam sesebuah ungkapan sekiranya ungkapan itu merupakan hasil tambah beberapa kuantiti (yang mungkin melibatkan anu). contoh: (i) 5x + 3y - 4z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y, dan - 4z. (ii) 2xy2 - 3 mempunyai dua sebutan, iaitu 2xy2 dan -3. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Misalnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. Lihat juga jujukan.
marketing documentationdokumentasi pemasaranTeknologi MaklumatPerisianDokumentasi yang mengandungi maklumat atau bahan promosi untuk tujuan pemasaran. Maklumat seperti kelebihan dan kemudahan perisian berbanding perisian yang lain diterangkan dalam dokumentasi pemasaran. Salah satu pendekatan yang digunakan dalam dokumentasi ini adalah dengan menyediakan ungkapan-ungkapan yang senang dan mudah diingat dan dapat menarik lebih ramai pelanggan. Ciri-ciri keserasian dalam sebarang persekitaran dan perisian merupakan perkara utama yang perlu ditekankan dalam dokumentasi ini selain maklumat pemasaran produk dan analisis bagi permintaan pasaran.
Boolean expressionungkapan BooleanTeknologi MaklumatPerisianUngkapan yang menghasilkan nilai sama ada benar atau palsu dan juga 1 atau 0. Ungkapan melibatkan pemboleh ubah Boolean, pemalar, operasi Boolean dan logik Boolean. Contohnya, Y=A.B+A.B melibatkan operasi AND dan OR. Operasi AND diwakili oleh simbol ‘ . ’ dan operasi OR diwakili oleh simbol ‘ + ’. Y merupakan output bagi mewakili ungkapan Boolean (A.B+A.B) manakala A dan B merupakan input pemboleh ubah Boolean. Lihat juga logik Boolean.
quadratic expressionungkapan kuadratikMatematikTiadaUngkapan yang boleh dianggap sebagai suatu fungsi kuadratik dalam anu tertentu. Misalnya, sekiranya a, b dan c mewakili nilai tertentu, ax2 + bx + c merupakan suatu ungkapan kuadratik dalam x.
anagramanagramTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerkataan atau ungkapan yang terdiri daripada jenis dan bilangan aksara yang sama dengan satu perkataan atau ungkapan lain, tetapi disusun dengan cara yang lain daripada ungkapan asal untuk membawa bunyi dan maksud yang lain. Anagram digunakan sebagai asas beberapa bentuk penyulitan yang menggunakan kaedah penyusunan.
equation of equilibriumpersamaan keseimbanganMekanikGunaanSepasang persamaan vektor yang menjadi syarat keseimbangan jasad atau sistem jasad. Persamaan tersebut ialah, S F = 0 S M = 0 dengan S F sebagai daya paduan dan S M sebagai momen paduan yang bertindak pada jasad. Ungkapan pertama menyatakan bahawa, untuk keseimbangan, hasil tambah bagi semua daya yang bertindak pada jasad adalah sifar. Ungkapan kedua pula menyatakan bahawa, untuk keseimbangan, jumlah momen di sekitar sebarang paksi adalah sifar. Kedua-dua syarat yang dimanifestasikan oleh ungkapan-ungkapan itu adalah perlu dan memadai untuk keseimbangan. Persamaan itu dikatakan perlu kerana apabila keadaan pertama sahaja wujud, akan berlaku ketakseimbangan dari segi putaran; sebaliknya, jika keadaan yang kedua sahaja wujud, ketakseimbangan wujud dari segi alihan. Persamaan itu dikatakan memadai kerana, apabila kedua-dua syarat dipenuhi, maka tiada syarat yang lain diperlukan lagi untuk keseimbangan. Perhatikan bahawa untuk zarah, syarat kedua S M = 0 tidak relevan dan syarat S F = 0 adalah perlu dan memada
12345678910...

Kembali ke atas