Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Tuan/Puan. Saya berharap Tuan/Puan dapat memberitahu saya ayat yang mana betul. Semoga segala urusan anda dipermudah sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Semoga segala urusan anda dipermudahkan sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Semoga dipermudah segala urusan anda sebagaimana anda telah mempermudahkan urusan kami. Terima kasih.
Ayat yang betul ialah "Semoga segala urusan anda dipermudah sebagaimana anda telah mempermudah urusan kami".
Tatabahasa19.09.2022
apakah yang dimsksudkan dengan urusan surat kerajaanUrusan surat kerajaan ialah surat rasmi yang ditulis untuk urusan rasmi. Yang dimaksudkan dengan urusan rasmi ialah segala yang berhubung dengan jabatan seperti permohonan, pemberitahuan, arahan, notis dan lain-lain.Makna08.12.2009
1.Semoga Allah permudahkan urusan. 2. Semoga dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki. Adakah tepat pembinaan ayat tersebut?Ayat yang tepat ialah:

1. Semoga Allah mempermudah urusan.
2. Semoga dipermudah urusan dan diluaskan rezeki.
Tatabahasa29.07.2022
Ali "pertama kali" melakukan urusan. Ali "kali pertama" melakukan urusan. Mana satukah yang betul?Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
Ali pertama kali melakukan urusan.
Tatabahasa17.06.2015
PEJABAT URUSAN DAN KHIDMAT SEWA BILIK SEMINAR ICM TRAINING AND CONSULTANT NO. 53-1, JLN SUNGAI RASAU F32/F, BERJAYA PARK, SEKSYEN 32, 40460, SHAH ALAM, SELANGOR

Salam sejahtera,

Untuk pengesahan iklan sila layari laman web
 
 http://dbpsahbahasa.my/

Sekian, terima kasih.

Lain-lain15.07.2017
PEJABAT URUSANUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my .Lain-lain10.06.2017
Pejabat UrusanUntuk pengesahan iklan, sila klik portal www.dbpsahbahasa.my melalui carian Google (Chrome).Penyemakan dan penterjemahan06.06.2017
PEJABAT URUSANUntuk pengesahan iklan, sila klik portal www.dbpsahbahasa.my melalui carian Google (Chrome).Penyemakan dan penterjemahan06.06.2017
Pejabat Urusan EZT Interior Design & Build Dimiliki Oleh : EZT Interior Design & Build Sdn Bhd ( 1008364-A )Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika berkaitan dengan pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain29.09.2015
Dalam urusan surat rasmi yang dihantar kepada lelaki dan wanita, apakah gelaran yang sesuai mengikut protokol rasmi? Tuan sahaja atau Tuan/Puan?Jika penerima surat tersebut memang diketahui seorang perempuan, maka sapaan yang betul ialah  "puan".  Kata sapaan "tuan", lazimnya digunakan atas nama jawatan sekiranya  pengirim tidak mengetahui jantina penerima surat.Ejaan13.01.2014
12345678910...

Kembali ke atas