Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sir] | اوسير

Definisi : ; mengusir 1. mengikut, memburu, mengejar: bonda hamba pun tiada sempat naik ke sampan, sekaliannya berenangan ~ perahu yg lain; tiadalah diusirnya orang Melayu yg lari itu; 2. menyuruh pergi dgn paksa, menghalau: engkau usir aku spt ~ seekor anjing yg berkurap layaknya; ~ asap, meninggalkan api prb melepaskan keuntungan kecil yg sudah tentu kerana mengharap keuntungan besar yg belum pasti; terusir (telah) diusir: peristiwa itu telah menyebabkan dia ~ dan terpisah drpd keluarganya; usiran 1. (orang dll) yg diusir: orang ~; 2. sesuatu yg digunakan utk mengusir: surat ~; pengusiran perbuatan mengusir (meng-halau): dlm cerita ini, terdapat cerita yg sama tentang ~ anak tiri dan kepulangannya dgn membawa hadiah-hadiah; pengusir orang yg mengusir, penghalau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sir] | اوسير

Definisi : ; mengusir 1 menyuruh pergi dgn paksa; menghalau: Ibu yg kejam itu telah ~ anak tirinya. 2 mengejar utk menawan; memburu. usiran (orang dll) yg diusir. pengusiran perbuatan atau hal mengusir. pengusir orang yg mengusir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usir
Kata Terbitan : mengusir,