Apakah penjodoh bilangan bagi gelang? utas? untai? atau yang lain. TQ | Penjodoh bilangan bagi gelang ialah utas. Seutas gelang. Walaupun untai dan utas hampir memiliki makna yang sama, namun untai lebih sesuai digunakan pada 'rantai' atau 'kalung'. Misalnya seuntai rantai berlian. | Makna | 04.09.2012 |
apakah perbezaan dan penggunaan penjodoh bilangan untuk gulung dan gelung | Perbezaan gelung dan gulung bergantung pada penggunaannya dari segi bentuk dan saiz. Gulung ialah benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang daripada benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat, seperti dawai, kain dan sebagainya manakala gelung ialah lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); contohnya sanggul ~ kondai, sanggul; | Istilah | 12.05.2009 |
Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang? | Pihak kami mencadangkan penjodoh bilangan bagi tali pinggang ialah utas. | Istilah | 02.08.2009 |
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQ | Jawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan? | Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
Tuan , apakah penjodoh bilangan untuk filem ( kodak yang masih bergulung. dan untuk yang sudah dicuci? | Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Untuk benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, kebiasaannya ulung digunakan seperti segulung filem, manakala bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan. | Tatabahasa | 30.07.2009 |
apakah yang betul untuk perkara di bawah ini : 1. Jabatan Kajibumi atau Jabatan Kaji Bumi ? 2. memilin atau mengait sabut untuk membuat tali ? | 1.Ejaan yang betul ialah "Jabatan Kaji Bumi". 2. Perkataan yang betul ialah, memilin sabut untuk membuat tali (memilin bermaksud memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan) | Tatabahasa | 11.10.2007 |
1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk fail? 2) Bagaimanakah cara untuk mencari kategori penjodoh bilangan di dalam laman web ini? Adakah ia termasuk dalam tatabahasa? | 1. Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Kebiasaannya bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan, seperti sekeping fail. 2. Saudara boleh merujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my dan merujuk pada kata yang boleh menjadi penjodoh bilangan seperti buah, keping, biji, pucuk dan utas. | Tatabahasa | 17.03.2011 |