Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vo.kal] | ۏوکل

Definisi : bunyi suara yg dilambangkan dgn huruf-huruf a, e, i, o, u. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[vo.kal] | ۏوکل

Definisi : 1. = ~ tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi (a, e, é, i, o, u); 2. lantang bersuara, berani menyuarakan pendapat, perasaan, dsb dgn terus terang: suara beberapa orang drpd golongan minoriti yg ~ boleh mempengaruhi majoriti yg berdiam diri; bervokalkan mempunyai sbg vokal: saya menganggap suku-suku kata yg ~ a,i,u merupakan asas utama dlm mengenali lambang bacaan bahasa Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vokal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PENGGOLONGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONANBahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Hanya 9 huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t,m,n,ng,s,h,r, dan l. Konsonan b,d,g,c, dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam kata pinjaman, seperti adab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y, tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Manakala vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada 3 vokal depan, 1 vokal tengah, dan 2 vokal belakang. Hanya 3 vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o, dan e (e pepet) yang hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo.Tatabahasa02.03.2007
Selamat malam tuan/puan. Di sini saya ingin bertanyakan soalan mengenai pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keselarasan vokal. Jadi, apakah kepentingan-kepentingan pola keselarasan vokal tersebut dalam sistem ejaan bahasa Melayu?Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu. Harapmaklum.Tatabahasa28.07.2008
nyatakan pola keselarasan vokal, dan kesilapan umum tatabahasa?

Sila lihat lampiran unutk keterangan Pola Keselarasan Vokal. Kesilapan umum tatabahasa ialah kesalahan yang biasa dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. Contohnya penggunaan kata sendi dari dan daripada, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah, dalam dan di dalam dan sebagainya. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (di bawah tajuk Kata Tugas, m/s 235) untuk keterangan lanjut.  Terima kasih.

Tatabahasa09.01.2008
apakah nama sukukata yang akhirnya huruf vokalnama suku kata yang akhirnya huruf vokal ialah suku kata terbuka.Tatabahasa04.09.2007
tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata?Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya.Tatabahasa15.08.2007
salam sejahtera. saya ingin tahu tentang 'vowel harmony' yang digunakan dalam sistem phonology bahasa melayu. saya ingin mengkaji tentang perkataan bahasa melayu yang dipinjam dari bahasa Portugis dan bagaimana ianya disesuaikan. terima kasih.Sistem Keselarasan huruf vokal(vowel harmony) ialah keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan berlaku dengan syarat i. keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar,ii. kata dasar berakhirkan suku kata tertutup dan bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata , hanya dua suku kata terakhir sahaja.     Lain-lain01.04.2008
istilah perkataan " kekunci"Istilah 'kekunci' terhasil melalui proses gandaan separa kata nama yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar, iaitu ku-kunci. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet menjadikan ku-kunci kepada kekunci.Tatabahasa03.03.2007
Apakah panduan untuk kita mengenal pasti bahawa sesuatu perkataan itu dibaca sebagai `e taling`atau `e pepet `.Contohnya, untuk perkataan ` pepet`. apakah sebutan yang betul? Terima kasihMerujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah, dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 300.Tatabahasa05.09.2008
saya nak bezakan e pepet dan e talingDalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi dalam perkataan 'besar'. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa28.08.2008
mengapakah perkatan seperti cekodok, kerongsang, teropong, tidak dieja mengikut pola keselarasan vokal?Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, hanya dua suku kata terakhir sahaja yang diambil kira. Oleh itu, kata cekodok, kerongsang dan teropong adalah mengikut pola keselarasan vokalTatabahasa08.08.2008
12

Kembali ke atas