Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ni.ta] | وانيتا

Definisi : bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~ genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri; kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2. pencetusan atau perkembang­an ciri-ciri seks sekunder wanita pd lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ni.ta] | وانيتا

Definisi : orang perempuan (lebih halus); lw lelaki: kaum ~ golongan orang perempuan. kewanitaan sifat-sifat wanita; perihal wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wanita (kata nama)
Bersinonim dengan perempuan, wadun, betina, kaum Hawa, kaum ibu;,
Kata Terbitan : kewanitaan,

Peribahasa

Mabuk kerana beruk berayun.

Bermaksud :

Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).

 

Lihat selanjutnya...(6)

208

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Ada pasang surutnya

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, ada pasang surutnya , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Wanita Oh WanitaAdha M. SIbu1 December 1998
Wanita antara Belitan Nasib dan Takdir ( Analisis Cerpen Dewan Sastera, Disember 2001)Hanafi IbrahimDewan Sastera1 January 2002
Wanita IVPuter Zue'aURTV1 April 2007
Wanita dan bahasaIndirawati ZahidDewan Bahasa1 February 2007
Wanita Secantik BahasaRitah YahyaDewan Bahasa1 February 2007
WanitaHaron A.H.Dewan Sastera1 December 2001
Wanita PenyairMohd Amran DaudDewan Sastera1 October 2001
Wanita di Tangan Arena WatiSiti Aishah MuradDewan Sastera1 May 2000
WanitaAmran DaudDewan Sastera1 May 2001
Wanita Di Zaman ModenNor Azah Abd MutalibDewan Pelajar1 May 1975
12345678910...

Kembali ke atas