Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ni.ta] | وانيتا

Definisi : bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~ genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri; kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2. pencetusan atau perkembang­an ciri-ciri seks sekunder wanita pd lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ni.ta] | وانيتا

Definisi : orang perempuan (lebih halus); lw lelaki: kaum ~ golongan orang perempuan. kewanitaan sifat-sifat wanita; perihal wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wanita (kata nama)
Bersinonim dengan perempuan, wadun, betina, kaum Hawa, kaum ibu;,
Kata Terbitan : kewanitaan,

Peribahasa

Mabuk kerana beruk berayun.

Bermaksud :

Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sungguh bersubang tidak berdara.Wanita yang berpakaian elok, tetapi buruk kelakuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mabuk kerana beruk berayun.Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serupa burak.Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serupa bulan penuh.Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bulan empat belas.Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gundahkan buah dimakan burung.Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas