Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.ga] | ورݢ

Definisi : 1. ahli (suatu keluarga, syarikat, dll), anggota; ~ dalam kerabat raja yg tinggal dlm istana; ~ dunia orang yg bukan rakyat sesuatu negara; ~ emas bh orang yg sudah tua; ~ jagat ark warga dunia; ~ kota penduduk kota; ~ tua warga emas: Hari W~ Tua Sedunia disambut pd 1 Oktober; 2. ark tingkatan masyarakat dlm agama Hindu, kasta; kewargaan keanggotaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.ga] | ورݢ

Definisi : ahli sesuatu keluarga (syarikat, negeri dll); anggota: ~ dalam kerabat raja yg tinggal dlm istana; ~ emas bh orang(-orang) yg sudah tua. ~ kota penduduk sesebuah kota. ~ tua warga emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warga (kata nama,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan ahli, anggota, peserta, kaum, bani;,
Kata Terbitan : kewargaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHERRITT, AARON

Sherritt, Aaron (1857?–1880), warga Australia,

telah digambarkan sebagai “rakan dan telegraf

belukar untuk geng Kelly.” Dia dibunuh oleh Joe

Byrne, salah seorang anggota geng tersebut.

UMUM 
EQUESTRIAN

Equestrian ialah satu golongan warga

terkemuka pada zaman Rom purba. Kebanyakan

ahli golongan ini adalah daripada golongan

bangsawan.

UMUM 
ARMSTRONG, DUNCAN

Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang

warga Australia yang memenangi pingat emas

dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter

gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru

dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia

juga memenangi pingat perak dalam acara 400

meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan

Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan

memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400

meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota

pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia.

Armstrong lahir di Brisbane.

UMUM 
MICHELSON, ALBERT ABRAHAM

Michelson, Albert Abraham (1852–1931)

ialah warga Amerika yang pertama menerima

Hadiah Nobel bagi bidang sains. Dia menerima

Hadiah Nobel 1907 bagi bidang fizik untuk reka

bentuk peralatan optik jitu ciptaannya dan juga

sukatan tepat yang didapati daripada peralatan

tersebut.

UMUM 
ALBAN, SAINT

Alban, Saint ( ? –209), diingati sebagai orang

pertama di Britain yang mati suci kerana agama.

Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama

Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire,

England. Alban melindungi seorang paderi yang

melarikan diri daripada hukuman mati yang

dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu

mengkristiankan Alban. Askar yang mencari

paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian

paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia

dihukum mati.

UMUM 
ARMSTRONG, HENRY JACKSON, JNR.

Armstrong, Henry Jackson, Jnr. (1912–1988)

ialah satu-satunya peninju yang telah merangkul

tiga gelaran kejohanan dunia pada satu masa.

Armstrong, warga Amerika yang memenangi

gelaran featherweight pada tahun 1937, dan

welterweight dan lightweight pada tahun 1938. Dia

menguasai bahagian welterweight dan berjaya

mempertahankan gelarannya sebanyak 19 kali.

Pada bulan Oktober 1939, gaya serangannya yang

bertubi-tubi serta kecergasannya yang tinggi telah

mengakhiri lima cabaran yang berasingan empat

daripada pencabarnya tumbang dengan pukulan

knock-out. Dia kehilangan gelaran tahun 1940.

UMUM 
MU'JAM AL-UDABA'

Mu‘jam al-Udaba’ atau nama yang diberikan

oleh penulis Irshad al-Arib ila Ma‘rifah al-Adib.

Penulisnya ialah Shihab al-Din ‘Abdullah Yaqut ibn

‘Abdullah al-Rumi, berasal dari Rom dan

dibesarkan di Hamawi serta menjadi warga

Baghdad. Dia masyhur dengan gelaran Yaqut al-

Hamawiy.

UMUM 
PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGARA

Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS –

National Health Service) ialah sistem penjagaan

kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan

perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada

semua penduduknya. Negara-negara lain juga

mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi

berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk

langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan

perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar

terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga

yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui

skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat

dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak

dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat

kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah

milik awam.

UMUM 
DARWIN

Darwin (pend. 78 139) merupakan pusat

pentadbiran dan ibu negeri bagi Wilayah Utara

Australia. Bandar Darwin ialah pusat perhentian

penghabisan perjalanan melalui darat, laut, udara

dan juga perhubungan telekomunikasi. Bandar

ini juga mempunyai pangkalan tentera yang

besar dengan lapangan terbang tentera udara

dan pangkalan angkatan laut. Darwin mungkin

juga merupakan sebuah bandar kosmopolitan di

Australia. Kebanyakan penduduk Darwin ialah

keturunan Eropah, tetapi sebahagian besar warga

kota Darwin terdiri daripada keturunan Orang Asli,

Cina, Melayu atau Filipina.

UMUM 
ACROPOLIS

Acropolis ialah pusat agama dan tentera

sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang

Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang

dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota

untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat

pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era

Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya

dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu

tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota

semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi

negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah

berhala dewa mereka.

UMUM 

Kembali ke atas