Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wi.ra] | ويرا

Definisi : sl pahlawan, lelaki; kewiraan sifat-sifat sbg seorang wira: ternyata bahawa ~ Benjamin tidak sama dgn ~ Ratu Bongsu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wi.ra] | ويرا

Definisi : 1 pahlawan; hero. 2 lelaki. kewiraan sifat-sifat seorang wira; kepahlawanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wira (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan pahlawan, lelaki, jaguh, perwira, pendekar, kesateria, wirawan, bahadur, jago;,
Kata Terbitan : kewiraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan. 1. Manakah yang betul dari segi penggunaan tanda noktah bagi penggunaan akronim bagi kata nama yang disingkatkan. eg. Yang Arif Datuk Wira Mokhtarudin a.) Y.A. Datuk Wira Mokhtarudin b.) YA. Datuk Wira Mokhtarudin c.) YA Datuk Wira Mokhtarudin harap pihak tuan dapat memberi jawaban dan penjelasan terhadap soalan itu kerana baru-baru ini kami ada mendengar pihak DBP membuat penyataan bahawa perkataan yang disingkatkan tidak perlu dinoktahkan. * Harap Maaf jika menggunakan ayat yang tidak gramatis. Dzulkifli TiusEjaan yang betul ialah YA Datuk Wira Datuk Wira Mokhtarudin. Sama konsep dengan YB utk Yang Berhormat dan YM untuk Yang Mulia.Tatabahasa25.03.2010
WIRA BUKIT? ADAKAH IANYA NOVEL ATAU TAK? BAGAIMANA PULA DENGAN KARYA ADIK DATANG? SEBENARNYA SAYA DIBERI TUGASAN YANG BERTAJUK RUMUSAN WIRA BUKIT. JADI SAYA INGIN TAHU ADAKAH WIRA BUKIT ITU TAJUK SEBUAH NOVEL?

Selamat pagi. Wira Bukit karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ialah judul buku drama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Sedutan drama ini pernah dipentaskan dalam majlis penganugerahan Sasterawan Negara tersebut.

Adik Datang pula merupakan judul novel yang diterbitkan oleh Penerbitan Adabi Sdn. Bhd pada tahun 1980.

Terima kasih.

Lain-lain09.03.2010
Adi wira atau adiwira? Dalam ruang khidmat nasihat kedua-dua ini ada. Satu di bawah jenis soalan - ejaan, satu di bawah jenis soalan istilah. Minta kepastian yang mana satu yang betul?Ejaan yang betul ialah adiwira (satu perkataan).Lain-lain01.07.2021
Kami memerlukan bantuan untuk translate dari English ke BM. Text 1 As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times Together, we will persevere and emerge a stronger Nation Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira-wira bangsa kita Terima kasih kepada semua barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia berkembang dari kekuatan ke kekuatan dan mengatasi waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita akan bertahan dan bangkit sebagai bangsa yang lebih kuat. Text 2 Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic Together, we will continue this journey Together, we will grow from strength to strength We will persevere Malaysia Cares Bersama-sama kita hadapi cabaran pandemik Covid-19 Bersama-sama kita meneruskan perjalanan Bersama - sama kita berganding bahu dan maju jaya! Malaysia Prihatin Terima Kasih.

Berikut merupakan padanan teks bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan:

Teks 1:

As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation.

Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud.

May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times.

Together, we will persevere and emerge as a stronger Nation.



Terjemahan Teks 1: 

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira negara.

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita.

Semoga Malaysia angun dengan kekuatan dan mampu mengatasi saat getir ini.

Bersama-sama kita kental dan bangkit sebagai negara yang lebih kuat.

Teks 2:

Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic.

Together, we will continue this journey.

Together, we will grow from strength to strength.

We will persevere.

Malaysia Cares.



Trjemahan Teks 2:

Bersama-sama kita menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Bersama-sama kita meneruskan perjalanan.

Bersama-sama kita bangkit dengan kekuatan.

Kami tidak akan mengalah. 

Malaysia Prihatin

Makna10.09.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hero diterjemahkan sebagai wira di dalam Bahasa Melayu, manakala superhero diterjemahkan sebagai adiwira (saya tidak pasti samada adiwira ditulis dengan jarak atau tidak.). Jadi, bolehkah saya menterjemahkan istilah - istilah komik seperti "super strength", "super speed" dan "super hearing" sebagai "adi kuat", "adi laju" dan "adi dengar/rungu(pendengaran dalam bahasa indonesia)? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan boleh digunakan dan perlu dieja sebagai satu perkataan, iaitu adikuat, adilaju dan adidengar  Istilah18.07.2016
Bolehkah anda terangkan maksud epik melayu dan epik hindu?

Epik ialah karya sastera dan karya-karya lain yang menjadikan bakti kepahlawanan sebagai perkara sesebuah epik/mengangkat keperwiraan wiranya. Epik Melayu memaparkan kepahlawanan wira Melayu seperti hikayat Hang Tuah, manakala epik Hindu berlatarkan cerita keperwiraan wira hindu seperti Hikayat Seri Rama.

Sastera20.01.2011
Betulkah ayat ini? 1) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 2) Azizul Hasni Awang berjuang berhabis-habisan untuk memartabatkan sukan negara. 3) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 4) Erry menolong ibunya mengangkat barang di dalam kereta.
  1. Ayat yang diberikan adalah betul
  2. Ayat yang diberikan adalah betul
  3. Ayat yang betul ialah Tentera Rom telah menguasai salah satu daripada daerah di Parsi setelah menumpaskan Raja Hercules.
  4. Ayat yang betul ialah Erry menolong ibunya mengangkat barang daripada kereta.

Tatabahasa07.07.2022
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008
Salam, Terdapat banyak khidmat nasihat yang mengkonfiuskan untuk perkataan "Superhero". Ada yang mengatakan adiwira, ada yang kata kena jarakkan supaya jadi adi wira. Bolehkan DBP tolong beri satu jawapan muktamad dan hapuskan kenyataan yang salah agar tiada orang akan bingung lagi dengan penggunaan kata sebenar superhero ini. Terima kasih!Untuk pengetahuan tuan, perkataan 'adiwira' belum di masukkan sebagai entri perkataan bahasa Melayu dalam kamus. Perkataan 'adiwira' perlu dieja sebagi satu perkataan yang agak sinonim dengan penggunaan perkataan lain yang berawalan 'adi' seperti 'adikuasa', adiraja'. Istilah22.05.2019
12

Kembali ke atas