Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yu] | يو

Definisi : sj ikan laut, jerung; ~ belak = ~ pokah = ~ rimau = ~ tembaga sj yu, Cheiloscyllium indicum; ~ belangkas sj yu, Narke dypterygia; ~ bengkong a) = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk sj yu, Sphyrna blochii; b) = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk sj yu, Sphyrna zygaena; = ~ berui = ~ gergaji = ~ parang = ~ todak sj yu, Pristis cuspidatus; ~ bodoh sj yu, Cheiloscyllium indicum; ~ cermangi = ~ kia = ~ pengajam sj yu, Rhonibatidae; ~ cercak = ~ cicak = ~ tokeh = ~ pendek sj yu, Atelomycterus marmoratus; ~ giling = ~ manis = ~ tenggiri sj yu, Galeocerda cuvieri; ~ jaras sj yu, Mustelus manazo; ~ jerih = ~ pasir sj yu, Scoliodon sorrakowah; ~ jerung = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sambaran = ~ sanggul = ~ sanggul lintang = ~ tanduk sj yu, Sphyrnidae; ~ kabu sj yu, Stegostoma fasciatum; ~ kecil sj yu, Scyllium spp.; ~ kemejan (kemenyan, kumian) sj yu a) Rhinobatis djeddensis; b) Rhinobatis granulatus; ~ kepak hitam = ~ nipah = ~ pulah = ~ punai = ~ sirip hitam sj yu, Eulamia melanoptera; ~ paus sj yu, Rhinodon typicus; ~ putih sj yu, Carcharodon carcharias; spt ~ kia-kia, kepala ~ ekor pari prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yu] | يو

Definisi : Jw, bp kakak (perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yu] | يو

Definisi : berbagai-bagai jenis ikan laut; jerung. ~ belak (rimau, tembaga) Cheiloscyllium indicum. ~ bengkung Sphyrna blochii (zygaena). ~ jerung Sphyrnidae. ~ paus Rhinodon typicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yu

Puisi
 

Anak yu dua serupa,
     Yu berjumpa dengan sembilang;
Janji dulu adik tak lupa,
     Tunggulah sampai adik pulang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti sekelat muka dua.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YU RIMAU

Yu rimau mendapat namanya daripada jalur

berwarna gelap yang ketara di belakang dan

sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah

kelabu kebiruan.

UMUM 
HAN YU

Han Yu (768 M-824 M), sasterawan yang terkenal pada zaman Dinasti Tang (618 M-907 M).

SASTERATokoh
CAO YU

Cao Yu (1910-1996), penulis drama moden di China. Nama sebenarnya ialah Wan Jiabao. Beliau lahir di Tianjing, China dalam keluarga yang agak kaya.

BUDAYATokoh
MAHMUD ZINKIY

Mahmud Zinkiy (511 H.–569 H./ 1118 M.–1174 M.)

ialah pemerintah di Syria. Nama penuhnya ialah al-

‘Adil Nur al-Din Mahmud ibn Zinkiy ibn al-Atabik

‘Imad al-Din Zinkiy ibn Qasim, al-Dawlah Aq Sanqar

al-Turki daripada Bani Saljuk. Dia digelar dengan

nama “al-Malik al-‘Adil” (Raja yang Adil). Mahmud

Zinkiy lahir di Halab dari Kabilah al-Sab Yu al-

Turkmaniah. Datuknya Aq Sanqar hamba sultan

Saljuk Malikisyah ibn Alb Arsalan. Dia mendapat

kepercayaan daripada sultan dan dilantik menjadi

gabenor di beberapa buah kerajaannya di utara Iraq.

Dia digantikan oleh anaknya bernama ‘Imad al-Din

Zinkiy, bapa kepada Mahmud al-Zinkiy.

UMUM 
PERIKANAN LAUT

PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam.  Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat.   Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai.  Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin.  Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas