Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.man] | زمان

Definisi : 1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark umur; ~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa; ~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang (pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah); sezaman pd zaman yg sama; berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat lama; zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~; penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.man] | زمان

Definisi : jangka waktu yg agak lama; masa: Pd ~ Jepun dahulu, kehidupan sangat susah. ketinggalan ~ sudah tidak sesuai dgn keadaan semasa. ~ air batu zaman ketika air batu menutupi sebahagian besar muka bumi. ~ atom masa atau zaman manusia menggunakan tenaga atom utk pelbagai keperluan atau tujuan. ~ batu zaman manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat-alat. ~ gangsa zaman selepas zaman batu. ~ gemilang masa yg makmur. ~ jahiliah zaman sebelum munculnya agama Islam. ~ purbakala (dahulu) zaman yg telah lama (lampau). ~ sekarang masa sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Bermaksud :

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(7)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Zaman-zaman yang berubahPusat Penerbitan Universiti Teknologi MARATiada2008978-967-3050-80-2
Psikologi dari zaman ke zamanDian RakyatTiada1965 
Kelantan dari zaman ka-zamanSyarikat DianTiada1970 
Si Murba dari zaman ke zamanBintang EmasTiada[.t.thn.] 
Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" oleh sasterawan negara Datuk Dr. Usman Awang: koleksi mutiara kata dari zaman ke zamanUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2002967-61-1292-5
Dari zaman batu ka-zaman roketPenerbitan Angkatan BaruTiada1966 
Sejarah Perak: siri pertama zaman pra-sejarah hingga zaman kedatangan pengaruh orang luarJabatan Muzium dan AntikuitiTiada1977 
Sejarah semenanjong Tanah Melayu : sejak zaman purba hingga zaman merdekaOxford University PressTiada1965 
Zaman GerhanaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1986 
Zaman GerhanaDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
12345678910...

Kembali ke atas